Pesanan Buat Istri, jagalah bahasa anda.
Pesanan Buat Istri, jagalah bahasa anda|Aku bukan seorang
alim ulama, ustaz mahupun sesiapa sahaja. Aku berkongsi sedikit perkara yang
aku alami. Tidak terjadi kepada diri sendiri, tetapi kepada rakan terdekat. Sebagai
ingin menjadi isteri yang solehah, seorang isteri haruslah Taat Pada Suami dan
tidak sesekali menggunakan perkataan yang kasar kepada suami mereka.
Namun, dalam dunia serba moden sekarang ni, tidak semua yang
berfikiran semacam itu. Banyak je isteri yang melayani suami mereka saling tak
tumpah seperti kawan biasa atau ada yang lebih teruk. Ada juga yang dengan
senang hatinya memaki hamun atau kerap menggunakan perkataan kesat kepada suami
mereka.
Baiklah, aku tak mahu fokus kepada cerita tu. Apa yang aku
nak cerita adalah mengenai seorang rakan aku ni. Beliau teramat inginkan cahaya
mata lelaki. Beliau kini mempunyai 3 orang cahaya mata dan kesemuanya adalah
perempuan. Beliau sebenarnya telah pun dikurniakan dengan bayi lelaki *masih
dalam kandungan*, namun, takdir Allah menentukan segalanya, apabila bayi
tersebut meninggal dunia semasa di dalam kandungan isterinya.
Akibat terlalu inginkan bayi lelaki, mungkin terdapat
perbalahan di antara mereka. Mengenai hal ini, aku kurang pasti, aku cuma
sekadar berfikiran semacam itu. Isterinya telah meluahkan kata-kata ini:
“jika awak nak sangat
anak lelaki, awak nikah lain”
Bila seorang lelaki atau lebih tepatnya suami, yang nak
sangat-sangat anak lelaki, dengar ayat macam tu, dah tentulah mereka nak nikah
lain kan? Sebabnya mereka nak sangat anak lelaki. Bila dah dengar isteri sendiri cakap macam
tu, terus lah sahabat aku ni buat keputusan nak nikah lain.
Tapi apa yang membuatkan aku pelik adalah. Bila isterinya
memberikan 2 syarat pelik. Syarat yang mengundang dosa besar seumur hidup
isterinya. Mengenai syarat itu, aku tak mahu kongsikan dekat blog ceritaejoy
ni. Cukuplah aku seorang sahaja yang tahu syaratnya.
Apa yang cuba aku kongsikan dekat sini adalah, kepada semua
isteri, tolonglah jaga bahasa anda apabila berkata-kata pada suami. Faham, bila
tertekan, memang tak fikir apa dah. Main cakap je apa yang nak cakap. Bila semua
dah ok, barulah nak menyesal. Kalau kena pada suami yang faham, takpalah, kalau
kena pada suami yang macam tak nak faham? Atau memang mereka nak sangat dengan
sesuatu perkara tu, dah menimbulkan masalah besar kepada hubungan kekeluargaan
tersebut.
Ada sesetengah suami yang tidak berfikir mengenai kepayahan
isteri mereka. Yang mereka tahu, kehendak mereka perlu dipenuhi. Mengenai hal
itu, terpulanglah kepada diri masing-masing ya. Pada aku, mudah sahaja, pasti
ada sebab, kenapa sesuatu perkara tu terjadi. Dan kedua-duanya pun salah.
Apa-apa
pun, jagalah bahasa anda, hormatilah suami anda. Janganlah dikeluarkan bahasa
yang mungkin akan memakan diri anda sendiri.
Hmmm ... Kena saling hormat menghormati ... Jantina bayi adalah ketentuan Ilahi ... Sama amacam ajal maut jodoh pertemuan ...
BalasPadambetul tu..bagi mereka yang redha dengan setiap ketentuan, pasti akan faham pasal perkara ni..
Padam