Review : Mengenai Film Ada Apa Dengan Cinta 2.
Review : Mengenai Film Ada Apa
Dengan Cinta 2|Tahniah dari aku buat krew film ini kerana berjaya
membuatkan aku kembali ke panggung setelah bertahun lamanya aku tak tengok
wayang. Ternyata, ianya sangat berbaloi kepada aku. Persoalan mengenai cinta
yang bertahun lamanya, kini sudah terjawab. Dan hari ini, aku cuba untuk
kongsikan Ada Apa Dengan Cinta 2 Movie
Review.
Sejujurnya, aku kurang jelas dengan permulaan Film Ada Apa Dengan Cinta 2. Part mereka
duduk di kerusi beramai-ramai tu. Tetapi ianya tidak mengganggu perhatian aku
kerana kelibat senyuman cinta ada di situ. Hehe. Yang aku kenal, nah! Mamet! Hahaha.
waktu film ada apa dengan cinta, mamet ni kena buli je. Kemudian kemunculan
karmen. Aku sendiri kurang pasti apa yang dah terjadi pada karmen.
Aku nonton wayang di Lfs
Cinema Mahkota Parade Melaka. Untuk permulaan Film Ada Apa Dengan Cinta 2
ni, tiada subtitle! Ini sememangnya boleh merosakkan mood aku untuk menonton! Bukan
semua bahasa yang digunakan mudah untuk dipahami! Dan aku cuba untuk faham
setiap apa yang dikatakan oleh mereka melalui bahasa tubuh. Adoi!
Permulaan Ada Apa
Dengan Cinta 2 Movie Review ini menjadi lebih seronok bila Lokasi Syuting Ada Apa Dengan Cinta 2
beralih ke Yogyakarta! Hebat! Sungguh aku suka dengan suasana muka bumi di
sana. Cantik! Cantik juga alam semulajadi nya. Aku suka part villa yang cinta
dan rakan-rakannya tinggal tu. Indonesia sememangnya terkenal dengan lokasi
percutian seperti ini kan?
Orait. Cinta buat keputusan untuk bercuti bersama karmen, Maura
dan milly di Yogyakarta. Kemana alia? Sewaktu film ada apa dengan cinta, kan
mereka berlima kan? Orait, dalam Film
Ada Apa Dengan Cinta 2, watak alia tidak ada! Ada 1 babak, mereka
berkata-kata pada alia, namun bukan lah alia, tetapi di lokasi kuburan. Aku kurang
jelas kenapa alia meninggal. Tetapi dalam film ini, watak alia tidak ada ya.
Sewaktu bercuti di Yogyakarta, rangga juga berada di sana. Adakah
secara kebetulan? Tidak! Sewaktu berada di new York, adik rangga datang
berjumpa dengan rangga. Ahha! Watak yang tidak ada sewaktu film ada apa dengan
cinta. Puas aku cuba mengingat balik, siapa dia ni? Sebab dalam film yang
pertama, Cuma ada rangga dan ayahnya sahaja kan?
Selepas di pujuk oleh adik perempuannya, rangga akhirnya
akur dan pulang ke Yogyakarta. Dan dalam masa yang sama cinta juga datang
bercuti ke sana. Ahha! Menarik bukan? Aku, malah ramai yang mengakui, Film Ada Apa Dengan Cinta 2 ini banyak
diserikan oleh milly. Hahaha. Memang tergelak je tengok keletah milly.
Bagaimana cinta dan rangga berjumpa di Yogyakarta? Ceritanya
sewaktu karmen dan milly ke sebuah kedai. Waktu itu rangga lalu di luar dan
karmen terlihat rangga. Kemudiannya mereka mengekori rangga hingga ke rumah
tumpangan rangga. Mulanya mereka ingin merahsiakan perkara ini daripada cinta. Tetapi
setelah didesak oleh karmen, akhirnya cinta ingin juga berjumpa dengan rangga.
Sebelum aku lupa, aku ada tengok Ada Apa Dengan Cinta 2 Trailer sebelum aku nonton. Jadi aku
konfius, kenapa ada part di dalam trailer tersebut yang tidak ada di dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2 ni? Ke memang
macam tu? Trailer dengan filem tak sama? Atau aku tengok trailer yang tak
official? Atau? Atau? Atau? Hahaha.
Baik! Setelah setuju untuk berjumpa, cinta meluahkan rasa
marahnya pada rangga. Yelah, ditinggalkan tanpa jawapan yang pasti untuk
berbelas tahun lamanya. Namun, rangga punya caranya yang sendiri. Aku suka
dengan cara rangga menerangkan segalanya. Bukan secara duduk dan bercakap,
tetapi secara berjalan-jalan. Sambil jalan sambil cakap. Best kan?
Film ada apa dengan cinta ini tidak menarik jika tanpa
puisi. Kan? Ramai yang mengenal film ini sebagai film yang penuh dengan puisi
puitis. Orait. Rangga mengambil masa yang lama untuk menerangkan kepada cinta
permasalahan yang sebenar. Dan mereka juga sempat bergaduh sewaktu perjumpaan
itu. Hai, kejap baik, kejap gaduh.
Mulanya mereka Cuma ingin berjumpa setengah hari sahaja. Namun,
hehehe, rangga ni pandai la, mereka berjumpa selama 1 hari! Ya! 1 hari! Oleh kerana
rangga mahir dengan kawasan sekitar Yogyakarta, maka di bawanya cinta ke
lokasi-lokasi menarik di sana. Cinta sememangnya suka dengan keadaan
semulajadi.
Ada 1 babak dalam Film
Ada Apa Dengan Cinta 2,babak bermain boneka! Adoi. Sungguh seram rupa
boneka tu pada aku. kalaulah malam-malam aku terjumpa dengan boneka semacam
itu, adoi, tak tahu lah nak kata apa. Boneka itu dimainkan tanpa suara. Ini bermakna,
ceritanya adalah berdasarkan pergerakan tubuh boneka tersebut. Ala, kalau kita
tengok, kita boleh faham dengan apa yang ingin disampaikan.
Kan aku ada cakap mengenai lokasi penggambaran ada apa
dengan cinta 2 yang menarik, baiklah ada 1 babak, cinta dan rangga panjat
sebuah banggunan tinggi untuk melihat fajar pagi. Indah pemandangan nya! Lepas daripada nonton Film Ada Apa Dengan
Cinta 2, aku terus cari, lokasi penggambaran ini. Nama lokasi ini adalah Rumah Doa Bukit Rhema ataupun gereja ayam di bukit Dusun Gombong, Desa
Kembanglimus.
Selepas itu, ada 1 babak di klinik kopi. Hahaha. Nak minum
kopi? Nah, dengerin cerita nya dulu. Aiks. Dah tercakap Indonesia pula. Hahaha.
Rangga baru je nak keluar, dah kena tahan dengan si pembuat kopi. Dengar dulu
cerita kopi ini. cinta? Cinta gelak je dekat luar. Hahaha.
Di sinilah, babak permulaan kepada rangga di dalam usaha
mengambil semula hati cinta. Oh ya! sebelum aku terlupa, dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2, cinta
sudahpun bertunang ya. lupa pula nama tunang cinta dalam film ini. Dekat sini
aku belajar sesuatu. Hadiah tidak semestinya mahal ataupun berkotak, kerana
hadiah rangga cumalah sekeping kertas dengan tulisan puisi khas buat cinta.
Rangga meminta cinta untuk membacanya apabila berada bukan
di hadapan rangga. Ahha! Aku memang tertanya-tanya, apa yang rangga tulis ni? Dan
sudah pasti ianya puisi kan? Selepas segala-galanya selesai di Yogyakarta,
Cinta dan rakan-rakannya habis bercuti tetapi rangga masih lagi tinggal di
Yogyakarta untuk mencari ibunya.
Aku suka dengan usaha rangga di dalam mendapatkan kembali hati
cinta. Rangga tidak membiarkan sahaja ianya berlalu tanpa ada jawapan yang
pasti. Rangga kembali berjumpa dengan cinta untuk bertanya kan kembali perasaan
sebenar cinta kepada rangga. Ternyata, cinta masih berbelah bagi, apakah
perasaan nya benar kepada tunangnya ataupun kepada rangga.
Ayat puisi yang di hadiahkan rangga di dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2 ini
sememangnya membukakan terus hati cinta untuk kembali menerima rangga. Selepas bertanyakan
kembali perasaan cinta kepada rangga, ternyata cinta masih ego untuk mengatakan
perkataan ya! kepada soalan itu.
Rangga kembali ke new York! Dan sewaktu itu, cinta kembali
sedar, bahawa rangga adalah orang yang sebenar-benarnya untuk dirinya. Dia kembali
mencari rangga. Jika di dalam Film Ada
Apa Dengan Cinta, cinta sempat mengejar rangga di airpot, tetapi tidak di
dalam Film Ada Apa Dengan Cinta 2. Ini
adalah kerana, cinta hampir-hampir mengalami kemalangan sewaktu ingin mengejar
rangga di airport.
Namun, cinta kembali ke new York untuk memberitahu isi
hatinya yang sebenar! Di sinilah happy endingnya bila cinta menerima cinta
rangga. Dan kedua-kedua mereka kembali bercinta! Aduh! Seronok sungguh melihat
pasangan ini kembali menerima antara 1 sama lain. Memang best ending Film Ada Apa Dengan Cinta 2 ni.
Owh ya, nak tahu apakah puisi yang berjaya merubah hati
cinta dan kembali untuk menerima rangga? Ini puisinya..
“ Resah di dadamu,
dan rahasia yang menanti di jantung puisi ini. Di pisah kata-kata. Begitu pula
rindu. Lihat tanda tanya itu. Jurang antara kebodohan dan keinginanku. Memilikimu
sekali lagi”
tak ingat dah cerita ada apa dengan cinta 1..huhu
BalasPadamish..saya ingat sebab tak silap saya, film ada apa dengan cinta tu, sy nonton lebih daripada 18 kali..wahahaha..tapi tengok vcd jelah..dan itu satu-satunya cd yang saya beli original.
Padam😅😅😅😆😆😆
BalasPadamsenyumankah itu? saya tak tahu nak balas apa..balas dengan senyuman jugalah yer..hehehe..:)
PadamTak pernah tengok buat wife ada ajak tengok wayangnya. Aku kata, "tengoklah macam mana".
BalasPadamKahkahkah!
hahahaha..macam saya lain..saya ajak wife tengok..pastu dia cakap, film apa tu? saya cakap, ikut je. awak tidur pun takpe dalam wayang tu..hahahaha..
Padamok bro, awek baju hitam pakai skirt tuh memang cun, sekian
BalasPadamsuka lagi yang baju putih tu..hehehehe
Padampeminat kental AADC rupanya
BalasPadamhehehhe
Padam