Cashout terakhir Nuffnang.
Cashout terakhir
Nuffnang|Tanggal April 29, 2016, aku cashout lagi sekali duit nuffnang. Rasanya
ini adalah kali ke 5 aku cashout setelah 4 kali ditolak permohonan aku tu. Adakah
Nuffnang Penipu? Kalau tipu, ada je blogger
yang Dapat Duit Dengan Nuffnang. Kan?
Jadi di mana masalahnya? Aku sendiri tak pasti.
Aku tak pernah tunggu lama. Asal cukup duit untuk cashout,
aku mesti keluarkan. Sebabnya aku taknak kecewa lagi. Yelah, bayangkan, kita
simpan duit tu sampai cukup RM100, sekali kita cashout, pihak nuffnang cakap fraud click. Duit tu tak hilang semua,
ada sebahagiannya masuk kembali ke akaun kita.
Lepas daripada kejadian tu, dah tentu lah kita akan
berhati-hati, dalam erti kata lainnya, kita tak klik iklan kita sendiri. Betul tak?
Kita pun simpanlah lagi duit tu sehinggalah cukup untuk cashout. Bila dah
cukup, kita cashout lah. Tahu apa yang aku terima? Maaf. Permohonan anda di tolak
kerana berlaku fraud click! What??
Secara jujurnya, aku memang tak puas hati. Apa bukti aku
klik iklan aku sendiri? Disebabkan aku berfikiran positif, aku anggap mungkin
aku ada klik dan aku tak perasan. Oklah, aku biar lagi, tunggu cukup duit yang
melayakkan aku cashout. Yelah, aku belum pernah rasa lagi Dapat Duit Dengan Nuffnang ni.
Tetapi masih sama! Tetap dengan alasan fraud click! Apa benar?
Jika benar, sila tunjukkan iklan manakah? Atau bila aku klik iklan aku sendiri?
Bila jadi macam ni, sesiapa pun akan fikir, Nuffnang Penipu. Betul tak? Kalau sekali kita dah kena, takkan kita
nak buat lagi untuk seterusnya? Mustahillah kan?
Dan hari rabu lepas,
aku cashout buat kali terakhir nya. Ini adalah Cashout terakhir Nuffnang buat aku. Cukuplah, jika ini pun mereka
kata fraud click. Memang benarlah Nuffnang ni penipu. Aku baru pertama kali
buat duit dengan iklan luar, dan alhamdulillah, aku juga dah merasa duit USD. Mungkin
rezeki blog ceritaejoy dengan duit USD kut? Mana tahu? Kan? InsyaAllah, semoga Allah
luaskan rezeki aku dengan blog ceritaejoy. Amin.
saya pun pernah terbaca juga pasal froud click nih...hemmm..
BalasPadamSusah juga yer nak cash out dari nuffnang kalau macam tu.
BalasPadamhye..tengok juga..ada orang yang senang je cashout..macam saya, tak pasti pula kenapa..mungkin bukan rezeki nak buat duit dengan nuffnang kut..:)
Padam