Killer post cara terbaik naikkan traffic blog.
Killer post cara
terbaik naikkan traffic blog| Semalam. Sewaktu aku blogwalking dalam usaha
mencari tips Cara Menjadi Blogger
Berjaya. Aku terjumpa 1 keypoint dekat 1 blog di antara Top Bloggers Malaysia. Beliau tak
kongsikan pun tips ni, tapi melalui bacaan aku dekat kebanyakkan post beliau di
blog, keyword ini yang melekat dalam kepala otak aku sehingga kini. Post
pembunuh!
Aku sebenarnya pelik. Bagaimana Top Bloggers terutamanya dari malaysia, dapat Blog Traffic yang tak putus-putus. Kalau sikit macam blog
ceritaejoy ok lagi, tapi hamboi, ribu-ribu, puluh ribu tak pun ratus ribu? Eh,
yeker ada yang dapat ratus ribu traffic 1 hari? Hehehe. Yang jeles nya lagi tu,
mereka tak update blog pun, traffic boleh maintain setiap hari. Eh!
Apa pentingnya Blog
Traffic yang tinggi? Baiklah, aku tanya, aku jawab ye. Semakin kuat traffic
blog anda. Semakin besar lah potensi untuk anda berjaya Buat Duit Dengan Blog. Orang
putih cakap, Blog Income Potential.
Ini sudah pasti, impian bagi setiap blogger termasuklah aku. Yelah, siapa yang
tak nak, duduk rumah, update blog, hujung bulan dapat duit. Sama macam kerja
dekat office. Tak nak?
Blog ceritaejoy buat masa kini, baru berjaya capai Pageviews
500k. Jumlah yang masih kecil. Ada orang, dapat total pageviews 1,000,000
selamba je. Siap cakap, nak dapat jumlah pageviews macam tu, macam makan
kacang! Ye ker? Kenapa aku rasa macam payah sangat? Rasa macam kena tanam
kacang tu dulu, lepas tu masak, lepas masak baru boleh makan? Ha? Kenapa? Kenapa?
Sebenarnya, banyak Tips
Tingkatkan Trafik Blog ni, tak percaya cuba cari dekat google. Tapi kenapa tak
ada bloggers yang kongsikan pasal teknik Killer
post cara terbaik naikkan traffic blog ni? Sebab pada aku, cara inilah yang
paling terbaik untuk terus dapatkan traffic walaupun kita tak update blog selama
seminggu! Ha! Ataupun kita tengah makan, bermain dengan anak, bersiar-siar di
taman bunga atau apapun aktiviti kita. kenapa? Kenapa?
Seharian juga aku fikir. Ini rupanya rahsia mereka untuk
terus mendapatkan traffic. Tapi Kan, tapi, aku nak beritahu awal-awal ni, Top Bloggers Malaysia tu, Cuma cakap
pasal killer post je. Tapi mereka tak bagitahu macam mana bentuk post tu. Atau macam
mana nak buat post pembunuh tu. Adoi, masih lagi berahsia di situ! Hmm.
Namun, kalau kita betul-betul mendalami apa yang tersirat
dalam post blogger tersebut. Korang mesti dapat apa yang berselindung di
sebalik ayat killer post tu. Hehehe.
Dari apa yang aku faham, mereka, yakni Top
Bloggers tu, sentiasa alert dengan cerita semasa. Maksudnya apa yang sedang
trending. Cara nak tahu apa yang tengah trending? Ala, search je kat google. Hahahaha.
Cuma, kelebihan mereka adalah, Blog Keyword Strategy yang digunakan. Mereka ada beberapa keyword “berkuasa”.
Yang mana, mereka akan masukkan dalam post mereka. korang search nak cari benda
lain, tapi di bawa masuk ke dalam blog mereka. wah!! Hebatkan? Dan post mereka
itu tak lapuk dek zaman.
Macam mana nak buat post semacam itu? Cuba kaitkan cerita
yang korang tulis tu dengan isu atau cerita yang orang cari setiap masa. Contohnya?
Ok macam ni, katakan korang menulis mengenai Drama Terbaru Slot Akasia Tv3, cuba kaitkan cerita korang tu dengan
keyword mengenai kemalangan jalan raya ke, ataupun keadaan cuaca ke, atau musim
raya ke, apa sahaja yang difikirkan terbaik.
Dan percaya atau tidak kalau aku katakan,
blog aku dapat traffic yang tinggi setiap kali musim jerebu walaupun aku tak
update apa-apa cerita pun waktu tu. Hanya post lama yang aku kongsikan di blog
ceritaejoy.
So! Sekarang korang dah faham kan pasal Killer post cara terbaik naikkan traffic blog ni? Sebenarnya senang
je, tapi ada 1 penyakit yang kadang-kadang singgah ke aku. Penyakit yang
kadang-kadang singgah juga ke kamu semua. Penyakit tu penyakit MALAS. Malas nak
cari keyword, malas nak kaitkan cerita, semua lah! Sebabnya, bila korang nak
kaitkan semua tu, korang perlu menaip panjang macam aku ni. Hahaha.
Tapi. haip! Sebelum aku tutup ceritaejoy ni, Korang ingat lagi tak Kenangan bercuti bersama keluarga sewaktu masih kanak-kanak? Aku ni sebenarnya, tak berapa nak ingat sebabnya jarang dapat bercuti bersama keluarga waktu aku kecil dulu. hehe. Korang mesti ingat kenangan-kenangan macam dalam entry tu kan?
Tapi. haip! Sebelum aku tutup ceritaejoy ni, Korang ingat lagi tak Kenangan bercuti bersama keluarga sewaktu masih kanak-kanak? Aku ni sebenarnya, tak berapa nak ingat sebabnya jarang dapat bercuti bersama keluarga waktu aku kecil dulu. hehe. Korang mesti ingat kenangan-kenangan macam dalam entry tu kan?
ok tq atas infonya.. trending mmg kompem orang search punya. banyak lagi peranan seo utk blog ni.
BalasPadamkan..kan..hehe
Padamthanks info ni
BalasPadamsama-sama..:)
Padamgood info
BalasPadamthanks! :)
PadamI love Keyword Strategy :D (y) Nice Post By the way!
BalasPadamMknanya kaitkan setiap entry dgn keyword trending la kan..
BalasPadambetul tu..ada juga keyword yang tak lapuk dek zaman..contohnya..hari raya..memang setiap tahun ada..hehehe
Padam