Mulakan dengan yang kecil hingga menjadi fenomena!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Mulakan dengan yang kecil hingga menjadi fenomena|Masih terngiang-ngiang dalam minda aku ni. Sebenarnya aku terbaca ayat ni dari post sifu hasrul hassan. Aku lupa ayat yang sebenar dia macam mana, tapi lebih kurang bawa maksud sama la. Baiklah, bagaimana nak jadi Blogger Yang Berjaya (Successful Blogger)? Dan apakah Tips Jadi Blogger Berjaya (Tips Become Successful Blogger)?

Dari apa yang dikongsikan di post sifu tu, aku faham, maksud yang di ingin disampaikan. Lebih kurang Peribahasa Api Dalam Sekam. Ha, faham tak peribahasa tu? Ianya membawa maksud, api kecil yang tak nampak, membakar dalam senyap, tahu-tahu terbakar je. Dan dari kecil ianya mampu menjadi besar dan lebih teruk lagi, ianya boleh memudaratkan!

Tapi kalau kita ubah ianya menjadi sesuatu yang positif. Dari sinilah, kebanyakan blogger kecil, berubah dari sedikit kepada suatu fenomena! Dan inilah Tips Jadi Blogger Berjaya (Tips Become Successful Blogger) yang sebenarnya. Tak perlu pandang terlalu besar, mulakan sesuatu yang kecil, kemudian belajar dan sentiasa update diri, sehingga sampai masanya, kita mampu menjadi fenomena seperti mereka.

Kalau kita tengok Blogger Malaysia Paling Popular (Malaysian bloggers Most Popular), ke semua dari mereka bermula dengan blog biasa. Bukan terus masuk dunia blog, terus jadi hebat. Semuanya bermula dengan kecil. Hebatnya lagi, ada seseorang di balik tabir kejayaan mereka. Samalah macam Peribahasa Api Dalam Sekam tadi tu, senyap, tak nampak, tapi punya sesuatu yang hebat!

Aku pasti, kalau tak semua, tapi pasti ada yang ingin menjadi Blogger Malaysia Terkenal (Famous Malaysian Blogger) betul tak? Bila dah jadi terkenal, sudah pasti berpeluang untuk menjadi Blogger Sepenuh Masa (Full Time Blogger). Bila dah dapat title macam ni, sudah pasti mereka yang berjaya jana income dengan blog! Sesuatu yang di impikan ramai orang termasuk aku!

Jadi, jika anda *termasuk lah aku*, jika punya cita-cita semacam itu. Bermulalah dengan kecil. Tak apa. Dan berusahalah untuk ubah ianya dari masa ke semasa. Jangan biar je. Kalau biar, apa pun tak akan menjadi. Orait? Mulai hari ini, Mulakan dengan yang kecil hingga menjadi fenomena!

Tapi sebelum tu, aku nak bagi contoh, bagaimana daripada sesuatu yang biasa, mereka ubah ianya menjadi sesuatu yang luar biasa! Sesuatu yang boleh kita ambil sebagai contoh untuk mengubah kehidupan kita. Ceritanya ada disini <Bagaimana mengubah sesuatu yang biasa kepada luar biasa>

  • Blogger Yang Berjaya
  • Tips Jadi Blogger Berjaya
  • Peribahasa Api Dalam Sekam
  • Blogger Malaysia Paling Popular
  • Blogger Malaysia Terkenal
  • Blogger Sepenuh Masa

3 ulasan:

  1. saya telah masuk anda dalam bloglist. Jom tukar bloglist. Thanks.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..saya juga dah masukkan blog kamu dalam bloglist saya..:)

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.