Bomb Clicker cara paling mudah buat duit online?
Bomb Clicker cara paling mudah buat duit online?|Aku ada post 1 soalan dekat 1 page di facebook. Bertanyakan hal mengenai Cara Buat Duit Dengan Adsense. Memang sedikit kecewa bila blog ceritaejoy dah lulus tetapi peningkatan wang di dalam adsense tersangat lemah. Tetapi ianya tak melemahkan semangat aku untuk terus belajar Cara Buat Duit Online ini.
Baiklah. Ada seorang rakan yang komen pada post aku tu. Katanya,
kalau kita nak buat duit halal dengan adsense, sememangnya tersangat lah sukar. Dekat
situ aku dah konfius, ada ke cara buat duit haram dengan adsense ni? Yelah,
melihat kepada ayat rakan tu, macam nak kasi tau ada cara buat duit haram je. Kan?
Katanya, Buat Duit
Dengan Adsense ni perlukan teknik tertentu. Bukan sekadar lulus dan letak
dalam blog je. Macam yang aku buat sekarang. Kata dia, kalau nak harap orang
klik, kebarangkalian itu rendah. Yeker? Aku tak pun, aku masuk blog
rakan-rakan, tak kisahlah iklan adsense ke, nuffnang ke, bidvertiser ke, apa
jelah, semua aku klik. Hehehe.
Bacaan lain : Jangan bawa 9 kawan ini pergi travel.
Lepas tu dia ajar aku 1 benda. Bomb clicker! Apa tu? Yang aku
tau, bom tu meletup. Hahaha. lepas aku belajar lagi dengan rakan tu, katanya, Bomb Clicker cara paling mudah buat duit
online. Persoalannya, betul ke? Kalau dah ramai yang buat, maksudnya
betullah kan?
Caranya adalah, masuk 1 group, dan group ini akan klik kan
iklan adsense kita sebanyak 1000x! Wow! Kalau tengok pada jumlah klik tu,
memang berbaloi lah Buat Duit Usd Online ni kan? Tapi kesan daripada bomb clicker tu,
akaun adsense kita akan di banned? Adoi, maksud nya buat duit sekali je lah kan?
Mungkin ini adalah Teknik
Buat Duit Online bagi mereka yang nak dapat cepat dan sekali sahaja. Dan rasanya
aku tidak sesuai dengan teknik bomb clicker ni. Sebabnya? Sebab nak dapat
kelulusan adsense bukan senang chek oi. Berkarat aku menunggu nak dapat
kelulusan adsense ni. Sampai tahap kecewa dah. Tak kan senang je nak kena banned
kan?
Aku sangat pasti, mesti ada teknik lain untuk Buat Duit Dengan Adsense ni. Tak kan teknik
bomb clicker je jalan terbaik? Sekali dapat je? Lepas tu? Cuba untuk dapatkan
balik akaun adsense? Oh tidak! Aku tengok sifu-sifu Buat Duit Usd Online ni,
setiap bulan dapat duit usd. Tak kan mereka buat teknik bomb clicker juga? Betul
tak? Pasti ada teknik lain.
Tadi, dalam pada aku mencari keyword Cara Buat Duit Dengan Adsense ni, aku terjumpa keyword Teknik Autopilot Buat Duit Usd. Adoi! Apa
pula tu? Fahaman aku, kalau sebut autopilot, maknanya dia bergerak sendiri. Adakah
teknik ini bermaksud, ada 1 cara yang tak perlu kita kawal, tapi duit tu masuk
je? Ada ke teknik macam tu?
Dulu aku pon macam ko bro.. tapi aku dah merasa duit dari internet ini bab kat orang duit online... aku ada ceritakan perihal aku buat duit online ni dalam blog aku.. aku pakai blogspot je skrg.. sebab malas dah nak ada komitmen nak sewa domain bagai.. sebab tidak lagi aku buat secara full time...
BalasPadamharap ko bersabar dan sayang pada akaun adsense ko.. aku hanya ada 1 akaun adsense dari dulu.. dan tak pernah aku buat teknik hitam
sekarang dah tukar domain..dan dah apply akaun non hosted adsense. cumanya, sampai sekarang tak lulus2 lagi. hmm.
Padam