Rogol Dan Bunuh semakin menjadi-jadi!
Rogol Dan Bunuh
semakin menjadi-jadi!|Semakin hari, semakin banyak Kes Bunuh Di Malaysia
dilaporkan. Seperti tidak sah berita setiap hari tanpa laporan kes bunuh. Namun,
apa yang paling merisaukan aku adalah berita mengenai Kes Rogol Dan Bunuh, lebih-lebih lagi yang melibatkan kanak-kanak!
Nafsu manusia kini boleh dikatakan melebihi nafsu haiwan! Makin
ramai yang berpenyakit seksual pada kanak-kanak. Apa yang mereka lihat pada
tubuh seorang kanak-kanak?? Di mana perasaan seorang manusia sehingga sanggup Rogol Dan Bunuh?
Mengenai kes Rogol
Dan Bunuh Kerani Sekolah, ianya dikatakan dilakukan oleh kenalan terdekat. Melalui
perkongsian di laman sosial, ramai daripada kita yang tidak sedar akan
bahayanya mendedahkan segala aktiviti harian samada di laman sosial mahupun secara
perbualan dengan rakan-rakan. Kerana apa? Tidak semua yang berada di sekeliling
kita, benar-benar baik dengan kita.
Bacaan dekorasi rumah : IKEA hadir dalam menyelesaikan ruangan sempit di rumah anda!
Percaya atau tidak, mungkin terdapat beberapa orang yang
dalam diam menaruh perasaan pada diri kita terutama nya wanita. Dan mereka ini
sentiasa menunggu peluang dan dalam sedar tak sedar, mereka ini sebenarnya berpenyakit seksual! Bila memperoleh peluang, maka terjadilah kes Rogol Dan Bunuh ini.
Yang sebenarnya, bukan semua kesalahan terletak pada diri
mereka yang melakukan, tetapi ada juga berpunca daripada diri mangsa sendiri. Ianya
mungkin datang daripada pakaian, perbuatan, bau-bauan dan percakapan. Tak aku
nafikan, dunia moden kini, manusia seakan-akan tiada batasan di dalam pergaulan.
Mereka mungkin menganggap ianya adalah gurauan di antara rakan-rakan. Namun dalam
sedar tak sedar, mungkin ada daripada mereka yang mengambil serius pada setiap
perkara.
Melihat kepada Kes
Rogol Dan Bunuh Kanak-kanak pula, aku sendiri kurang pasti pada permasalahan ini. Kanak-kanak, pakaian mereka tidaklah terlalu seksi. Tubuh mereka
juga masih belum sempurna seperti layaknya seorang dewasa. Namun, mereka yang
berpenyakit mental ini tetap juga mempunyai nafsu pada kanak-kanak.
Sudah tiba masanya, Negara kita mengeluarkan 1 hukuman yang
paling berat buat pelaku ini. Kerana, sering saja kita dengar, apabila tertangkapnya
seseorang itu, kebarangkalian untuk mereka terlepas juga besar jika siasatan
mendapati, pelaku punya sakit mental. Jika terlalu ramai yang sakit mental,
maka akan terjadilah terlalu banyak kes
rogol dan bunuh ini.
Mengenai kerisauan mereka yang menghukum pelaku ini juga
mengusarkan semua orang. Mengenai kes Bunuh
Perompak Kerana Pertahankan Diri, mungkin ramai yang merasakan hukuman yang
bakal dikenakan kepada tuan rumah yang membunuh perompak itu adalah tidak adil.
Kerana dia mempertahankan keluarganya daripada perkara yang tidak diingini.
Bagi aku, jika berada di dalam keadaan yang bahaya, kita
akan melakukan apa sahaja demi orang tercinta. Mungkin juga pihak berkuasa
mempunyai jawapan mereka yang tersendiri. Namun, janganlah kita membiarkan diri
kita berada di dalam pandangan mereka yang berpenyakit mental ini. Sentiasalah
berhati-hati dengan orang sekeliling.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com