Mengintai Kamera Mirrorless Fujifilm.
Mengintai Kamera
Mirrorless Fujifilm|Aku masih lagi berbelah bagi dalam mencari kamera
terbaik untuk diri aku. Aku inginkan sesuatu yang hebat di mata aku. Nak cerita
pasal kamera terbaik, terlalu banyak yang terbaik di dunia, Cuma harga nya kena
faham-faham sendiri la ye. Rakan aku menawarkan Leica Camera. Tapi harganya,
aduh! Kini aku cuba mengintai kamera dari jenama Fujifilm.
Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Pemula.
Bila aku mencari-cari, apakah kamera terbaik buat mereka
yang baru nak berjinak-jinak, hampir kebanyakkan dari mereka mengesyorkan
kamera Fujifilm. Owh, sebelum itu, aku mencari Kamera
Mirrorless. Kenapa bukan DSLR? Kerana aku inginkan sesuatu yang mudah
dibawa dan mudah di letakkan dalam mana-mana ruang dalam beg aku. J
Kalau cari Kamera
Mirrorless Fuji Terbaik, dah tentulah Fujifilm
X-t1. Tapi harganya, adoi, bukan dalam budget aku. Tapi, bila baca Fujifilm X-t1 Review, adoi! Kena usaha
dan tambah masa lagi la menabung untuk dapatkan kamera ni. Dari kualiti gambar
yang terhasil juga adalah dalam kategori superb pada aku.
Kalau tengok dekat laman web shashinki.com, jenama Kamera Mirrorless Fujifilm yang paling
murah adalah Fujifilm X-a2 harga
dalam MYR 1900. Kalau tengok dekat Mudah.com, mungkin boleh dapat harga yang
lebih murah sikit. Tapi kata orang, biar lah harga nya sedikit mahal kalau
kualiti gambar nya adalah terbaik. Kan? Asalkan masih dalam budget.
Orait! Haip! Jadi apakah kamera yang terbaik buat diri aku
ni? Lama Mengintai Kamera Mirrorless
Fujifilm ni, nampak nya yang kena dengan budget aku adalah model Fujifilm X-a2. Apakah ianya Kamera Mirrorless Terbaik Untuk Pemula seperti
aku?
Hmm, nampaknya kena cari kawan yang dah cuba model Fujifilm X-a2 ni. Nak kena dengar dari
mulut mereka sendiri. Kalau ok, insyaAllah, akan menyusul lah kamera ini dalam
simpanan kamera pertama aku. Kalau ada dari mereka yang berkata tidak, terpaksalah
aku menambah masa, kembali mengumpul wang, mencari model yang dikatakan terbaik
dari Fujifilm, Fujifilm X-t1.
Owh. Kamera. Owh. Semoga mimpi bertukar menjadi kenyataan.
singgah pagi rabu ♥
BalasPadamnieyl pun tgh menabung untuk beli camera yg lebih mudah di bawa ke mana²..
dan yg penting kualiti gambar mesti super.... :)
kalau macam tu, jom kita beli fujifilm..hehehe..kalau ada duit lebih, bolehlah ambil leica..hehehe
Padam