Kisah di sebalik Puding Diraja.
sumber : google.
Kisah di sebalik
Puding Diraja|Secara jujurnya, aku baru pertama kali dengar mengenai puding
diraja ni. Dan wife akulah yang berceritakan mengenai makanan ini dengan aku.
Disebabkan tak pernah dengar apatah lagi nak rasa, kenalah aku buat rujukan,
apa itu puding diraja?apakah Sejarah
Puding Diraja ni? Dan kenapa ianya disebut diraja. Semua kena study tu. Hehe.
Kalau kita cari Sejarah
Puding Diraja, asal usulnya, ianya adalah makanan pencuci mulut keluarga
diraja Pahang. Kebiasaannya, ianya hanya menjadi hidangan keluarga diraja dalam
majlis-majlis istimewa. Walau bagaimana pun, cerita bagaimana ianya tersebar
menjadi santapan rakyat biasa kurang jelas.
Baiklah. Apa yang istimewanya Puding Diraja Pahang ni? Disebabkan aku belum pernah merasa lagi,
jadinya aku sendiri tak pasti, bagaimana rasanya puding ini. Namun, dari
perkongsian gambar-gambar nya, jelas menunjukkan rasa yang sangat istimewa pada
menu ini.
Bercerita pula mengenai Resepi
Puding Diraja ni, resepi asal nya,ia menggunakan jala emas yang diperbuat daripada kuning telur itik! Wah! Ini sangat istimewa. Namun disebabkan harganya
yang semakin meningkat, ianya ditukarkan kepada kuning telur ayam. Dan antara
bahan-bahan lain untuk membuat Puding
Diraja Pahang ini adalah, pisang lemak manis, telur ayam (kuning saja),
ceri, badam, prun, susu cair dan gula pasir.
Cara Buat Puding
Diraja Pahang? Disebabkan blog ceritaejoy bukanlah blog makanan, jadinya,
tidaklah aku kongsikan cara nak buat puding ni. Namun, aku cadangkan korang ke
blog azie kitchen. Kak azie memang banyak kongsikan Resepi Masakan Yang Istimewa yang tentunya sangat mudah untuk kita
pelajari. Tak percaya? Silalah ke blog beliau sekarang. Hehe.
Orait! Siapa nak belanja aku makan Puding Diraja Pahang? Atau ada sesiapa tahu kat mana-mana yang menawarkan perkhidmatan penghantaran puding istimewa ini ke Melaka? Ahha!
InsyaAllah, selepas rasa nanti, bolehlah buat cerita pasal rasa istimewa Puding Diraja Pahang ni.
Ke nak buat sendiri je? Nak suruh wife buat? Wife orang Melaka.
Buat asam pedas memang terbaik. Tapi tak pasti kalau buat Puding Diraja Pahang ni. Orang cakap, kalau orang asal yang buat,
rasa dia memang terbaik. Kan? Hehehe. Sekali lagi, siapa nak belanja aku makan
puding ni? Hehe.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com