Terkini! Cuaca panas melampau melanda Malaysia!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Terkini! Cuaca panas melampau melanda Malaysia! Sebenarnya, cuaca panas ni dah lama melanda Malaysia, cumanya baru hari ini aku berkesempatan nak tulis dekat blog ceritaejoy ni. Memanglah tersangat panas sekarang ni. Bacaan Suhu Panas Tertinggi Di Malaysia ketika ini masih lagi di kedah. Dan berita terbaru, sekolah sudah pun di tutup.

Aku yang berada dekat Melaka dengan bacaan suhu 31˚c ni pun dah tak tertahan rasanya. Boleh dikatakan 2- 3 kali juga aku mandi sehari. Kalau musim cuti, boleh jadi lebih daripada itu. Semuanya adalah kerana takut dengan terKesan Stroke Haba. Huish! Baru kejap tadi aku baca dekat FB, ada seorang isteri berceritakan suaminya yang kena stroke haba ni.

Punca Stroke Haba.


Suami dia kena stroke haba ni adalah disebabkan oleh terdedah terlalu lama dengan cuaca panas. Aku terfikir juga, macam manalah mereka yang bekerja dalam keadaan terdedah dengan cuaca panas contohnya kontraktor? Ha, potensi untuk mereka kena stroke haba ni tentulah sangat tinggi kan? Tapi itulah punca rezeki mereka, mahu tak mahu, mereka tetap bekerja. Hmm.


Cerita pasal anak aku pulak. Anak sulung aku, baru je baik demam. Tapi sekarang ni batuk pulak. Cuaca sekarang ni memang kita tak boleh agak. Contoh, cuaca dekat Melaka sekarang. Boleh dikatakan setiap hari hujan, tapi sekejap-sekejap. Bila jadi macam tu, bahang panas lagi meningkat. Bukanlah kata aku tak bersyukur, cuma nak beritahu perihal cuaca panas melampau dekat Malaysia ni je.


Tanda Awal Stroke Haba.


Orait. Kat sini aku kongsikan tanda-tanda awal stroke haba. Suhu badan manusia normal adalah 37 darjah Celcius. Tetapi dalam keadaan cuaca panas melampau yang melanda malaysia ketika ini, suhu badan manusia boleh meningkat sehingga 40.5 darjah Celcius! Ini adalah sesuatu yang sangat bahaya! Jom tengok apakah tanda awal stroke haba ini.

1) Sakit kepala berdenyut
2) Mual
3) Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
4) Denyutan nadi yang pantas
5) Otot lemah dan kejang
6) Muntah/rasa hendak muntah
7 ) Kulit kering dan kemerahan
8) Sawan
9) Pitam
10) Tangan dan kaki menjadi sejuk.

Rawatan Stroke Haba.


Bila korang ada symptom-symptom di atas, ataupun mereka yang berdekatan dengan korang, perkara pertama yang korang kena buat adalah bawa beliau ke tempat sejuk atau teduh. Cuba untuk turunkan suhu badan dengan lap badan mereka dengan tuala basah. kalau boleh, berikan mereka kipas atau kalau tiada kipas, gunakan apa sahaja yang ada sekeliling untuk kipas. Dan langkah terakhir adalah bawa mereka ke klinik berdekatan.

Dah bercerita pasal cuaca panas melampau dekat malaysia, dah bercerita pasal stroke haba, kali ni aku nak bercerita pula pasal Doa Ketika Musim Panas. Ini adalah kesan semula jadi. Ada sebabnya kenapa Allah menjadikan sesuatu di muka bumi itu. Samada ianya adalah kesan daripada manusia ataupun ianya sudah di tetapkan.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.