Permusuhan di antara blogger.
Permusuhan di antara blogger. Dunia blogger sama sahaja
macam dunia dekat luar sana. Manakan tidak, hampir kebanyakkan blogger suka
berkongsikan cerita harian mereka, sama hal nya dengan dunia sebenar. Kita berbual
sesama rakan ataupun jiran. Potensi blogger separuh masa mungkin berkurang jika
dibandingkan dengan blogger sepenuh masa.
Baik. Aku yakin, mungkin ada, tak banyak pun sikit la,
blogger yang tak bertegur sapa walaupun mereka kenal. Ianya mungkin terdapat
perselisihan faham di antara mereka. Kecil atau besar. Ada pula, blogger ni dah
maafkan dah, tapi yang sorang lagi tu pulak, masih menyimpan perasaan. Adoi. Siap
pulak tak nak approved komen rakan blogger ni.
Bercerita mengenai aku pulak. Tidaklah aku ambil hati dengan
mana-mana blogger. Sebabnya siapa aku? Level manakah blog ceritaejoy? Bukan blog
besar pun. Jadi nak ambil hati buat apa kan? Tapi bohonglah kalau aku kata aku
tak terasa hati. Hahaha. Ada juga sebenarnya kisah aku terasa hati dengan
seorang blogger ni. Cerita lama pun. Tapi masih ada sedikit rasa yang tersimpan
dalam hati aku. Tapi tidaklah sampai membenci ya!
Pada aku, lumrahlah manusia. Sifat manusia memang macam tu
kan? Merasa dan memaafkan. Terus terang aku katakan, tidaklah sampai aku terus
membenci, Cuma terasa hati sikit je. Tapi terasa hati aku tu, aku malas nak ke
blog beliau. Hahahaha. Dulu rajin aku pergi sana, komen pada setiap entry
beliau, sekarang ni dah kurang, bukan, memang tak ada langsung. Adoi.
Pada aku mudah je. Segala macam keputusan yang kita buat,
janganlah terus menghukum. Kenal pasti orang tu macam mana. Bukan semua orang
sama. Dalam 10, pasti ada 1 yang berbeza. Ataupun mereka yang belum biasa buat
sesuatu perkara, dan apabila di minta buat sesuatu, pasti mengambil masa. Jangan
hanya kerana orang lain, kita perlu meletakkan ahli keluarga kita ke tepi. Bukankah
ianya seperti mengarut?
Takpalah, benda pun dah lama berlaku. Cuma apa yang mampu
aku katakan, fikirlah mengenai hal orang lain. Kuasa yang Allah beri tu, Cuma sementara,
usahlah di banggakan sangat. Dunia blog Malaysia pun tidaklah sebesar mana. Pengaruh
kamu mungkin luas, tapi aku tidak akan sesekali meletakkan yang penting menjadi
tidak penting. Biarlah aku macam ni, bercerita sendirian dalam blog ceritaejoy.
J
cantik header ejoy, erm biasalah tu ejoy, terus terang kak ana nyatakan kadang2 sesetengah blogger rasa mereka dah hebat dah fofuler kan, tapi pendapat kak ana lah, blogger ni hanya dikenali dikalangan blogger sahaja kebanyakkannya lainlah yang dah top2 meletop, hat lain orang singgah baca info dan berlalu begitu sahaja,waallahu a'lam. Teruskan perkongsian kita mudah2an bermanfaat buat orang lain,in shaa allah.
BalasPadamcantik? terus tukar header blog..hahahahha..itulah kan, kita blogger kecil je..yup, insyaAllah, akan terus kongsikan ilmu yang bermanfaat..:)
PadamBetul, dunia blog nih mcm dunia luar jugak.
BalasPadamPertama kali singgah sini ^^ salam kenal tuan rumah :)
http://kimchaa.blogspot.my
terima kasih kerana sudi singgah ya..:)
Padam