Tahu Buat Duit Dengan Blog tapi malas!
Tahu Buat Duit Dengan Blog tapi malas! Aku tak tujukan pada
sesiapa pun entry ni, aku tujukan khas buat aku. Kiranya aku tulis untuk diri
aku sendiri. Tapi mana tahu kalau ada di kalangan kita yang sama dengan aku. Kan?
Orait. Rasanya ramai yang dah tahu Cara Buat Duit Dengan Blogspot ni. Tak perlulah
aku ceritakan lagi sebab nya dah banyak kali juga cerita dekat blog ceritaejoy
ni. Hehehe.
Baiklah. Harini aku nak cerita yang aku malas! Malas nak
buat duit walaupun aku tahu Cara Buat Duit Dengan Blogspot ni. Buat masa
sekarang aku lebih fokus buat duit dengan 8Share dan Adsense. Tapi aku bukan
nak kongsi Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Adsense ye. Sebabnya aku lom merasa
lagi duit dengan adsense ni. Dengan 8Share aku dah rasa dah. Walaupun tak
banyak, tapi merasa la juga kan? Hehe.
Next Entry : 15GB pelan data sebulan pun tak cukup?
Buat duit dengan 8Share ni tak susah mana pun. Nampak tak
aku cakap tak susah mana? Sebabnya memang senang sangat, kongsikan sahaja dekat
blog dengan cara yang paling kreatif yang korang ada. Tapi sesenang itu pun,
aku malas. Kalau dah keluar ayat malas tu, cakaplah apa pun, memang malas la
jawapan dia. Adoi la!
Yang sebenarnya, aku malas nak menaip cerita. Yelah, takkan
nak kongsi iklan semata dekat blog. Jadinya aku respek dengan blogger yang
mampu hasilkan cerita setiap masa dekat blog mereka. Kalau blogger sepenuh masa
tu lainlah, mereka memang tip top! Hehehe, tapi blogger separuh masa macam aku
ni. Memang kelaut la kadang-kadang tu.
Ada tu, dah duduk depan computer dah. Dah bukak blog dah
pun, tapi malas nak menaip. Sudah nya aku tutup je. Layan youtube jelah. Tengok
movie or video yang best-best. Hahahaha. Malas sungguh aku nih. Walhal kalau
belajar Cara Buat Duit Dengan Youtube, dah boleh dapat income bulan-bulan. Ha,
nampak tak? Sekarang ni ada macam-macam cabang buat duit tau. Dengan youtube
pun boleh dapat duit. Nak dengan tak nak je.
Hmm, sungguh aku kena berubah. Dah tak boleh malas-malas. Zaman
sekarang ni semuanya cepat. Kalau lambat, confirm tertinggal kat belakang. Bangun!
Bangun ejoy! Kena cepat-cepat belajar Cara Buat Duit Dengan Youtube. Dan kena
teruskan usaha Buat Duit Dengan Blogspot. insyaAllah. Semoga Allah permudahkan
urusan dan usaha aku ini. Amin.
sama lah. kadang2 bukak blog pastu tenung je sampai tembus ke belakang.
BalasPadamhahaha..sampai tembus ye..ha, boleh buat entry dekat blog tu..hehehe
Padam