Punca lampu check enjin proton saga menyala.

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Punca lampu check engine proton saga menyala. Awal tadi, aku ada bawa isteri aku ke pakar kulit. Sebabnya ialah nak buat pemeriksaan lanjut mengenai kulit isteri aku yang bermasalah. Sewaktu dalam perjalanan tu, tiba-tiba je Lampu Check Engine Menyala. Ish! Dah kenapa tiba-tiba menyala nih! Aku kalau benda-benda macam ni, memang wujud 1001 kerisauan. Yelah, duit semua tu.

Cepat-cepat aku suruh wife cari kat Engine Carian Google. Yelah, zaman sekarang kan? Semua benda pun cari kat sana. Sampaikan sapa yang tak pandai masak pun boleh jadi pandai. Hanya bergurukan ilmu yang dikongsikan di google. Orait, apa Punca Lampu Check Engine Menyala? Puncanya ada macam-macam. Ha! Macam-macam yang orang kongsikan samada di blog mahupun forum.

Ada yang kata Punca Lampu Check Engine Menyala adalah berpunca daripada Masalah Oxygen Sensor. Ha?? Sungguh aku terperanjat! Yelah, bukan murah oi menantang tu. Mahal tu. Dalam kepala dah fikir, melayanglah duit aku ni. Bukan nak kata aku ni kedekut, tidak. Tapi kalau korang berada di dalam keluarga yang mana sumber kewangan hanya ada 1, korang pasti faham kenapa aku jadi macam ni. Bukan saja-saja oi.


Ok. Berbalik semula kepada masalah lampu check engine proton saga menyala ni, sebelum aku pergi lebih panjang, aku nak kasi tau, yang masalah ini bukan Masalah Proton Saga Blm sahaja ya, semua kereta pun ada masalah ni. Tapi disebabkan aku guna kereta ni, jadinya aku fokuslah pada kereta jenis ini. Esok aku dah pakai Toyota FJ, aku fokuslah pada kereta tu pulak. Hahahaha. Hamboi, terberitahu pulak kereta idaman aku.

Haip! So, apa punca kepada permasalahan Lampu Check Engine Menyala ni? Orang cakap, kalau nak cari ilmu, jangan fokus pada 1 je, kalau boleh carilah lebih banyak sumber. Dalam pada wife dok sibuk cari tu, terjumpa 1 blog ni, adoi, lupa pulak nama blog tu. Tapi dia kongsikan masalah yang sama dan cara nak settlekan masalah lampu check engine menyala ni.

Salah satu, aku cakap salah satu ya, ini bermakna ada banyak masalah yang terkait dengan fenomena Lampu Check Engine Menyala ni, salah satu daripadanya adalah berpunca daripada penutup minyak yang tidak ditutup dengan sempurna ataupun penutup minyak yang telah rosak! Caranya adalah dengan memberhentikan kenderaan korang pada tempat yang selamat dan matikan engine.


Lepas tu, cuba buka semula penutup minyak dan pasangkan semula. Sewaktu buka tu, periksa kalau-kalau penutup minyak tu bermasalah atau rosak. Kalau dah pasti semuanya di dalam keadaan yang baik, korang pasang semua dan pastikan ianya dipasangkan dengan betul. Selepas itu, cuba hidupkan semula kenderaan korang.

Di dalam situasi aku, lampu check engine tu terus padam dan tak menyala lagi. Alhamdulilah! Rasa syukur sangat. Terdetik dalam hati aku, kalaulah aku hantar bengkel untuk check, dan masalahnya Cuma penutup minyak yang tidak rapat atau di tutup dengan betul, dah terang-terang aku kena cas mahal. Yelah, kita tak tau kan, bayar jelah. Ish! So, dah terjadi dekat aku, aku sharekan dalam blog ceritaejoy, mana tahu kalau terjadi pada korang, korang boleh lah settlekan sendiri.

Tapi nasihat aku, untuk lebih kepastian, kenalah check dengan mereka yang lebih arif pasal engine atau kenderaan korang. Alang-alang tu, servis lah terus kereta korang tu. Sambil menyelam minum air kolam kata orang. Hehe, orait, semoga perkongsian ini memberi makna pada mereka yang memerlukan.

2 ulasan:

  1. Thanks.. Saya baru je gunakan tips ni.. Memang sangat berguna.. Jimat duit poket

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.