Panas badan anak masih belum berkurang!
Panas badan anak
masih belum berkurang! Masuk hari ni, dah 3 hari anak sulung aku demam. Dan 3 hari jugalah wife dan aku lebih memberi tumpuan pada dia berbanding anak kedua
kami. Bukan langsung tidak memberi fokus pada anak bongsu, Cuma lebih perhatian
kepada anak sulung. Musim Kemarau kini melanda Malaysia!
Fenomena Cuaca Panas
Melampau ni betul-betul boleh rasa walaupun korang baru selesai mandi! Ini
cerita betul tau! Aku baru lepas mandi, dah siap-siap pakai baju semua, duduk
kat ruang tamu tengok cerita upin ipin. Aku kan peminat tegar upin ipin Aku
melayankan anak aku jer, tak buat apa pun, dok je kat kerusi malas tu, peluh
dah menitik-nitik kat dahi. Huh! Bayangkan cuaca panas melampau ni.
Musim Kemarau kali ini boleh dikatakan agak Panjang. Rumah aku
pulak atas bukit. Kalau atas gunung, sejuk la sikit kan, ini bukit rendah je. Di
tambah pulak dengan struktur rumah yang ada bahan asasnya diperbuat daripada
besi! Adoi! Bertambah panaslah aku sekeluarga. Mungkin itu juga salah satu penyebab kenapa Panas badan anak aku masih
belum berkurang!
Petua Hilangkan Demam Panas Anak.
Rasanya dah macam-macam petua aku buat. Ubat doctor jangan
cakaplah, penuh kat peti ais. Tapi kenapa Demam anak aku Tak Kebah2 juga ya? Ni,
baru je baca kejap tadi, pasal Petua
Demam Panas Kanak-kanak, gunakan telur rebus! Ha? Sungguh aku tak pernah
dengar lagi petua ubat demam panas ni guna telur rebus. Caranya taklah susah
sangat, golek-golek je telur tu kat badan anak. Tapi betul ke boleh kurang atau
hilang terus haba dalam badan anak-anak tu? Ish!
Ubat Demam Panas Cara Islam.
Aku dan wife memang suka guna dua-dua jenis perubatan. Moden
dan cara islam. Ni, kami dah cuba bagi ubat dan check dengan doctor, harini
kami nak bawa anak kami berjumpa dengan seorang pengamal perubatan islam. Ustazah,
tinggal di pulau gadong. Alhamdulillah, sejak anak sulung kami kecil lagi, kalau
demam, kami selalu bawa ke sana. Dan insyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan
kami harini.
Buat masa sekarang, aku Cuma mampu minta wife aku pantau
suhu badan anak kami. Dan kalau boleh, galakkan dia minum air dengan banyak. Dan
juga kerap mandi. Cuaca memang betul-betul panas sekarang ni. Aku memang tersangat lah risau kalau suhu badan dia tak turun-turun juga. Yelah, siapa yang tak risau kalau Panas badan anak masih belum berkurang walaupun dah beri makan
ubat kan?
Semoga Allah menyembuhkan penyakit anak kami..Aminn.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com