Gerhana matahari dijangkakan pada esok hari!
Tarikh Gerhana Matahari 2016.
Baiklah. Rasanya semua dah sedia maklum mengenai hebahan gerhana matahari yang dikatakan akan berlaku pada esok hari (09/03/16). Fenomena Gerhana Matahari Separa ini dijangkakan akan berlaku sekitar jam 7:24 pagi hingga 9:31 pagi. Fenomena ini bukanlah satu "keseronokan" kepada kita semua, sebaliknya kita perlulah ada perasaan takut di dalam diri kita.
Mengenai kisah Rasulullah yang menjadi sangat takut kepada kejadian gerhana matahari ini:
Matahari telah gerhana pada suatu hari. Para sahabat telah meninggalkan pekerjaan mereka masing-masing. Kanak-kanak kecil yang sedang berlatih memanah berlari-lari menuju ke masjid untuk mengetahui apa yang akan dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Nabi Muhammad s.a.w. telah mendirikan sembahyang dua rakaat yang sangat panjang sehingga ada orang yang jatuh pengsan. Dalam sembahyang itu Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis sambil berkata:"Ya Tuhanku, engkau telah berkata yang engkau tidak akan menyiksa (umatnya) selagi aku berada bersama mereka dan selagi mereka meminta keampunan engkau."
Disini jelaslah yang Nabi Muhammad s.a.w.. merujuk kepada ayat Al-Quran yang bermaksud:
"Tetapi Allah tidak akan mengazabkan mereka selagi engkau ( Nabi Muhammad s.a.w.) bersama mereka dan DIA tidak akan mengazabkan, mereka meminta keampunan."
(surah AL-ANFAL-33)
Kemudian dia mengucap kepada para jemaah:
"Kamu hendaklah bersegera melakukan solat apabila berlaku gerhana bulan atau matahari. Kalau kamu tahu tanda-tanda hari Kiamat sebagaimana aku ketahui tentu kamu banyak menangis dan sedikit ketawa. Peristiwa-peristiwa seperti ini memerlukan kita bersembahyang, berdoa kepada Allah s.w.t. dan bersedekah kepada fakir-miskin."
Cara Solat Gerhana Matahari
SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI
Sunat dilakukan Solat Sunat Gerhana Matahari secara berjemaah. Ia mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah , 4 Ruku' dan 4 sujud, seperti berikut :
RAKAAT PERTAMA
Lafaz niat :
+
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوْفِ رَكْعَتَيْنِ لِلهِ تَعَالَى
Yang bermaksud : Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7.Sujud dan seterusnya seperti solat biasa
RAKAAT KEDUA
1. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
2. Ruku'
3. I'tidal
4. Baca Surah al-Fatihah dan surah secara perlahan
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud
8. Tahiyat Akhir
Sunat membaca 2 khutbah selepas solat sunat gerhana sebagaimana dua khutbah Jumaat dari segi rukun dan syarat-syaratnya.
thanks sharing =)
BalasPadamsama-sama..:)
Padam