Undangan review hotel pelancongan terbaik.

Februari 04, 2016
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Undangan review hotel pelancongan terbaik. Semalam aku ada dapat call dari seseorang. Katanya beliau dari swiss garden Melaka. Dan dia invite aku untuk 1 majlis penerangan mengenai pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan hotel tersebut. Dan yang lebih menariknya, aku ditawarkan percutian selama 3 hari 2 malam di mana-mana cawangan swiss garden di Malaysia. Hebat bukan?

Tapi sayangnya, aku menolak tawaran tersebut. Sebabnya, minggu ni ada majlis pertunangan adik ipar aku. Jadinya, bapa mertua aku minta kami sekeluarga untuk join majlis tu. Dah tentu aku akan memilih keluarga. Bukan aku menolak 100% tawaran tersebut, tetapi, jika aku tiada halangan lain, sudah pasti aku pergi. Barang percuma kot!

Tapi kan, aku pelik juga, mana mereka dapat no aku? Sempat juga aku tanyakan pada orang tu, mana dapat no aku. Katanya, setiap mereka yang hadir untuk event itu, akan diberi kertas untuk menulis feedback mereka dan ada ruangan kosong untuk mereka isi no rakan-rakan mereka. Hmm, persoalan sekarang, siapa yang masukkan no aku? Baik mengaku cepat. Hish!

Tapi kan, swiss garden Melaka ni, cantik. Terletak di tengah-tengah Bandar Melaka. Aku kerap ke sana. Bukan, aku kerap ke kawasan hotel ni. Tapi bukan pergi hotel tu, tapi pergi kampung jawa je. Hehehe. Kalau tengok dari jauh, memang cantik. Terletak berdekatan dengan sungai Melaka pulak tu. Kalau malam memang cantik.

Ada kompleks beli belah dekat hotel ni. Namanya the shore Melaka. Dan aku tak pernah sampai lagi ke sini. Ahaa! Hehehe. Orang yang tinggal dekat Melaka, kadang-kadang, mereka tak pernah sampai pun atau naik apa pun yang ada dekat Melaka. Percaya tak? Baik, macam aku, aku mula menetap di Melaka pada tahun 1993. Dan seingat aku, aku belum pernah naik beca. Tu, yang ada dekat Melaka sekarang, menara taming sari, tak pernah aku naik pun.

Apa lagi, ha, aku duk alor gajah. A famosa dekat alor gajah, tau? Ha, aku masuk sekali setahun. Itu pun sebab ada majlis berbuka puasa. Kalau takda, memang tak masuk lah dalam tu. Ish! Ok Lah, macam dah jauh sangat aku bercerita ni, berbalik semula pada cerita aku pasal Undangan review hotel pelancongan terbaik dekat swiss garden Melaka ni.

Lepas aku tolak je, orang yang call aku tu, tanya balik samada aku free tak minggu depan. Katanya nak invite lagi. Ok, sekarang aku macam sedikit pelik. Yeker mereka ni call aku untuk buat review hotel mereka ini atau ada pihak lain yang buat event dekat hotel ni, dan gunakan nama hotel ini, walhal mereka nak jual produk mereka. Ha! MLM?

Sekarang aku macam was-was. Yang pertamanya, bila aku tanya mana mereka dapat no aku, dan jawapan nya macam kurang memberangsangkan. Yang kedua, siap pula tawarkan hari lain, macam nak jual produk je? Yang ketiga, takkan orang panggil aku kot? Blog ceritaejoy cerita apa je? Orang pun tak kenal aku. Bukan top blogger Malaysia pun. Nak panggil review? Ok, ini kelakar! Hahahaha. Tapi kan, swiss garden Melaka tu…ish!

2 ulasan:

  1. haiishhh....mcm rugi tolak.tp byk kesangsian.....uhuhuhuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah..macam rasa rugi kan? tapi takpe..rezeki itu ada di mana-mana..:)

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.