Menulis dengan penuh ghairah!


Menulis dengan penuh ghairah! Dunia penulisan sememangnya semakin berkembang dari masa ke semasa. Tengok sahaja lah blog-blog baharu yang muncul bab cendawan selepas hujan. Blog ceritaejoy juga boleh dikatakan blog baru. Masih jauh lagi nak bersaing dengan blogger-blogger otai. Nama pun blogger separuh masa, kalau blogger sepenuh masa, lainlah kan? Hehe.

Baiklah. Apa yang aku cuba sampaikan dengan ayat menulis dengan penuh ghairah? Penulisan dengan kesan yang mendalam kepada pembaca adalah kunci kepada kejayaan sebuah blog. Dan bagaimana seorang blogger mampu menghasilkan penulisan yang hebat dan berjaya ni? Jawapannya ada pada blogger itu sendiri.

Penulisan yang lahir dari hati dan disampaikan dengan cara yang betul. Ya! Blogger yang bercerita dengan rasa keghairahan! Mereka yang bercerita seperti pembaca berada di hadapan mereka. Mereka yang memasukkan keseronokan di dalam penulisan mereka. Mereka yang memasukkan kesedihan, kecewa dan segala macam perasaan di dalam penulisan mereka. Mereka inilah blogger yang hebat dan berjaya!

Penulisan bukanlah 1 perkara yang sukar. Penulisan dalam bentuk santai seringkali mendapat tempat di hati pembaca. Pembaca mudah hadam dengan apa yang ingin disampaikan blogger. Jadinya, bercerita lah seperti pembaca berada di hadapan anda. Sampaikanlah rasa itu di dalam penulisan anda! Masukkan keghairahan itu di dalam penulisan anda! Blog adalah cerminan diri penulisnya. Bersatulah dengan blog anda!

Aku pernah di tanya dengan soalan ini:

Apakah yang kau ingin ceritakan di dalam blog kau? Adakah blog ceritaejoy dibina atas niche tertentu dan atas tujuan tertentu ataupun ianya dibina atas rasa keinginan yang kuat untuk berkongsikan sesuatu dengan orang lain?

Aku punya jawapan yang tersendiri untuk soalan itu. Bagaimana pula kalau aku tanyakan soalan itu pada kalian semua? Silalah jawab dengan ikhlas ya!

Di dalam dunia penulisan blog. Keghairahan di dalam penulisan adalah sangat perlu. Penulis perlu rasa seronok & gembira ketika menulis. Bukan hanya melihat wang semata-mata. Hmm, teringat 1 ayat yang pernah dikongsikan seorang rakan pada aku:

“jika kita melihat wang, kita akan dapat wang. Tetapi jika kita punya rasa untuk membantu, wang itu akan datang dengan sendirinya”

4 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.