Jangan pernah percaya pada anak-anak!

http://ceritaejoy.blogspot.my/

Jangan pernah percaya pada anak-anak! Memang seronok melihat anak-anak membesar depan mata. Penuh dengan keletah. Ada yang memberi gelak tawa dan tak kurang juga kemarahan sewaktu membesarkan mereka. Ramai blogger yang berkongsikan Tips Menjaga Anak Kecil. Tetapi aku harini, nak bercerita pula perkara sebaliknya. Dah kenapa kan? Baik, lanjutkan bacaan korang.

Di antara Makanan Terbaik Untuk Kanak-kanak adalah susu dan kekacang. Tapi janganlah bagi macam tu je, kalau anak tu dah besar boleh lah. Kalau masih kecil, kenalah hancur-hancur kan dulu, baru beri pada mereka. Tetapi ada makanan atau minuman yang tidak elok atau boleh memberi kesan yang buruk kepada anak-anak kita.

Keropok atau jajan adalah Makanan Ringan Yang Berbahaya Untuk Anak. Ini adalah disebabkan oleh pewarna yang digunakan di dalam makanan tersebut. Tetapi makanan ini jugalah yang mampu menenangkan mereka. Macam aku, tersangat lah jarang aku belikan untuk anak-anak aku. Bila ke kedai, kebiasaannya aku belikan mereka aiskrim tak pun susu kotak Dutch lady.

Anak sulung aku kini dah mencecah usia 3 tahun. Dalam usia semacam ini, semua yang kita makan atau minum, semuanya mereka nak. Macam aku, aku suka minum air energy orang kampung. Hehe. Faham-faham jelah. Kandungan gula di dalam minuman tersebut sangat tinggi. Jadinya, ada masa-masa nya sahaja aku akan ambil air tu.

Nak dijadikan cerita perihal Jangan pernah percaya pada anak-anak tu, aku tersangat penat dan aku beli air tu dan bawa pulang ke rumah. Aku belikan juga anak aku sekotak air susu. Jadinya adil la kan. Lepas habis je air kotak dia, dia tanya aku, air apa yang aku minum. Aku beritahu air tenaga. Tapi tak bagus untuk anak kecil.

Dia minta izin pada aku, untuk rasa, dan atas sebab ingin anak aku tahu, macam mana rasanya air tersebut, aku beri, tapi dengan kuantiti yang terlalu sedikit. Selepas itu aku letakkan air tersebut di atas meja. Setelah anak aku penat bermain, dia tanya aku, adakah boleh dia minum air aku tu. Aku dah tentulah tak izinkan.

Tapikan, Sifat Ingin Tahu Kanak-kanak tu memang kuat. Walaupun kita dah larang mereka, tapi jika mereka nak, pasti mereka akan ambil juga. Nak dijadikan ceritaejoy, aku sengaja masuk dalam bilik, tujuan aku adalah untuk melihat anak aku ni, samada dia dengar atau tidak arahan aku. Walaupun aku dah tahu, yang anak aku mesti akan ambil juga air tu.

Bila aku masuk je dalam bilik, anak aku yang sedang leka bermain tu, terus letakkan mainan dia, dan pergi ke air aku, dan terus minum dengan laju. Bila dia perasan je aku pandang dia, terus dia letakkan air tin tu dan pergi ke ibu dia. Hahahaha. Anak-anak kan, kita larang macam mana pun, kalau mereka nak tahu, mereka akan buat, Sifat Ingin Tahu Kanak-kanak tu memang kuat.

Bila aku terbaca artikel mengenai kisah kanak-kanak yang dibiarkan dengan makanan penuh di meja tanpa pengawasan orang dewasa, aku terus teringatkan anak aku. Hahaha. Memang benar, mereka akan mencuba apa sahaja yang ada walaupun kita dah larang mereka. Bila tengok gambar-gambar yang dikongsikan , terus tak jadi nak marah mereka. Inilah kenangan yang akan kita bawa sampai bila-bila. Hahahaha.


Ulps! Lupa! Kalau korang nak layan gambar-gambar yang aku ceritakan tu, korang boleh pergi ke akaun facebook Kids moment. Confirm korang akan bergelak ketawa dengan keletah anak kecil ni. Hehehehe.

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.