Contoh iklan 8Share menggunakan keyword terlaris.
Contoh iklan 8Share
menggunakan keyword terlaris. Disebabkan entry aku pada awal pagi semalam berceritakan perihal trafik masuk ke blog tanpa henti. Makanya, aku nak cuba
pula tulis entry berdasarkan iklan daripada 8Share dengan menggunakan keyword
terlaris di blog. Terima kasih pada seorang rakan blogger Indonesia yang
berkongsikan cara mencari Keyword Untuk
Blogspot.
Orait. Entry ini adalah mengenai Gadget Terbaru 2016 daripada jenama Samsung. Untuk senarai produk
tersebut, korang boleh tengok dekat sini: Newcoolest Samsung gadget 2016. Aku bukan tak nak share semua gambar-gambar
gadget tu dekat sini. Tapi takut nanti lari pulak dari tujuan asal aku. Nak kongsikan
cara penulisan blog dengan keyword.
Baiklah. Sebelum aku cerita dengan lebih panjang lagi, siapa
pernah search keyword yang paling banyak
dicari di google? Kalau korang baca setiap posting yang dikongsikan, banyak
yang bercerita mengenai google trend dan google search. Dan aku juga banyak
praktikkan cara tersebut. Katakan korang nak cerita pasal Gadget Samsung Terbaik. Jadi, taip keyword tu dan lihat apa yang
keluar, dari situ, korang ambil dan masukkan dalam entry korang. Ha, jelas tak?
Ambil contoh, Gadget
Terbaru Samsung adalah New Samsung
Galaxy S7. Korang taip je Samsung
S7 dekat google search dan result yang keluar tu cuba masukkan dalam entry
korang. Macam contoh, Samsung S7 Edge.
Korang masukkan sahaja dalam entry korang. Seperti yang aku dah buat pun. Nampak
tak? Aku taip je keyword tu. Hahahaha.
Tapikan, antara kelebihan lain sewaktu penulisan dengan
menggunakan keyword itu adalah dengan menjadi pembaca. Ahha! Korang kena jadi
pembaca sewaktu menulis blog. Faham tak apa yang cuba aku sampaikan di situ? Macam
ni, bila korang menulis, cuba letakkan diri korang sebagai pembaca. Apa yang
pembaca mahukan, apa yang pembaca cari. Dan daripada situ, korang akan tahu apa
yang perlu korang masukkan dalam entry korang.
Katakan korang nak cerita pasal Handphone Keluaran Terbaru Dari Samsung. Dan produk itu adalah New Samsung Galaxy S7 atau lebih
tepatnya lagi Samsung S7 Edge. Pembaca
sudah pasti mahu tahu apakah Kelebihan
Dan Kekurangan Samsung S7. Jadi, huraikan lah mengenainya. Ahha! mudah kan? Tapi,
huraian itu haruslah ikhlas dan benar. Jangan lah korang sendiri pun tak pernah
pegang handphone tu, tapi ceritanya bukan main.
Orait. Aku dah sampai ke penghujung ceritaejoy kali ni,
mengenai Contoh iklan 8Share menggunakan
keyword terlaris. Sebagai pembaca, aku
pasti ada yang bertanya, mana iklan 8Share nya, dan apakah keywordnya? Jawapannya
ada pada tulisan tebal berwarna hitam. Hehehe. Selamat mencuba ya!
Tq untuk info menarik ni.. hehehe
BalasPadam