Apakah maksud Bauksit
Apakah maksud Bauksit. Yang sebenarnya, isu bauksit ni
sedang panas di perkatakan di Malaysia saat ini *selain daripada isu viral
gadis menipu diculik*. Terlalu banyak info dan gambar yang dikongsikan di media
sosial mengenai kesan yang terhasil daripada aktiviti bauksit ini. Yang
terbaru, isu air laut Pantai Batu Hitam yang “berubah warna” kesan daripada
aktiviti ini.
Ramai yang memperkatakan akan hal ini, tetapi berapa ramai
yang mengetahui bauksit? Apakah maksud Bauksit? Aku sendiri tak pernah tahu
apakah maksud perkataan itu. Yang aku tahu, ianya adalah 1 aktiviti
pelombongan. Setakat itu sahaja.
Hari ini, aku cari maksud sebenar perkataan bauksit. Dan setelah
berjumpa dengannya, ingin aku kongsikan di blog ceritaejoy, Apakah maksud
Bauksit. Semoga selepas ini, semua orang akan tahu, kenapa mereka melombong
bauksit. Ya.
Menurut penerangan di Wikipedia:
Bauksit ialah bijih utama bagi membuat aluminium di dunia.
Ia mengandungi sebatian oksida aluminium dan hidroksida boehmit γ-AlO(OH) dan
gibsit Al(OH)3 bersama dengan silika selain oksida besi dan mineral lempung.
Bauksit merupakan sisa-sisa mendapan lempung yang lazim terdapat di kawasan
tropika dan subtropika.
Namanya bersempena dengan sebuah kampung di selatan
Perancis yang dikenali sebagai Les Baux, tempat bijih ini mula-mula ditemui
pada 1821 oleh seorang ahli geologi bernama Pierre Berthier.
Bijih bauksit terjadi di daerah tropika dan subtropika
dengan memungkinkan pelapukan sangat kuat. Bauksit terbentuk daripada batuan
sedimen yang mempunyai kadar Al nisbi yang tinggi, kadar Fe yang rendah dan
kadar kuarsa (SiO2) yang kurang atau langsung tiada.
Batuan tersebut, misalnya
sienit dan nefelin berasal daripada batuan beku, batu lempung, lempung dan
serpih. Batuan-batuan ini akan mengalami proses lateritisasi, yang kemudian
oleh proses dehidrasi akan mengeras menjadi bauksit.
Bauksit boleh ditemui di dalam lapisan mendatar tetapi
kedudukannya di kedalaman tertentu. Potensi dan cadangan endapan bauksit
terdapat di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Pulau Bangka, dan Pulau Kalimantan
serta Kuantan, Malaysia.
Itu dalam bahasa kamus la. Dalam bahasa mudahnya, bauksit ni
adalah mineral batuan semulajadi yang terhasil dari bumi. Ianya di gunakan
untuk membuat aluminium dan pelbagai bahan-bahan yang lain *itu korang boleh
cari sendiri ya* hehehe.
Selain daripada itu, jika korang gunakan keyword bauksit di Malaysia,
korang boleh berjumpa dengan beberapa blog yang berkongsikan cerita mengenai
penemuan emas semasa proses melombong bauksit. Bila orang dengar pasal benda
ni, mestilah lagi ramai yang nak melombong kan? Apa pun, tiada kesahihan
mengenai hal ini.
Baiklah, aku harap, selepas korang baca entry ini, korang
akan tahu Apakah maksud Bauksit dan tahu ianya di lombongkan untuk apa. Terima kasih
ya sudi baca.
Baca juga : Apakah yang menghalang anda dari terus berjaya?
aku pulak suka sebut Baukshit kepada BAU Shit, sebab ia mengotor jalan, laut, ibarat najisla.
BalasPadam