Kemana aku menghilang??
Fuh! Lama tak berupdate! Blog ceritaejoy dibiarkan sepi
tanpa kabar berita. Apa mahunya? Ahha! Merapu pulak aku pepetang macam ni.
Orait, kemana aku pergi, kenapa hilang tanpa kabar berita. Semuanya disebabkan
oleh kerja last minit. Sungguh aku tak suka kerja-kerja last minit macam ni.
Yelah, kita terpaksa buat semua benda dalam 1 masa. Kan
penat jadinya. Hish! Ok, aku baru je sampai ke tanah air semalam. Macam
biasalah trip ke tanah thai. Yang sebenarnya, aku sendiri tak tahu yang aku
kena pergi sana.
Korang bayangkan, nak pergi hari selasa, hari jumaat baru
dapat tahu. Dengan apa pun tak prepare, dengan anak-anak lagi, dan yang paling
penting, "Advance" pun tak pasti dapat ke tak. Korang bayangkan,
syarikat hantar korang ke luar negara, tapi tak sempat bagi duit.
Dalam kata mudahnya, korang kena pakai duit korang dulu,
kemudian baru claim dengan syarikat. Owh la, memang tak mungkinlah kan. Aku
memang takkan pakai duit aku sendiri punya. Yelah, kita pergi pun atas urusan syarikat,
haruslah syarikat yang bayar kan? Ahha!
Lagi 1, lokasi! Ha, kalau sebelum ni, aku lebih banyak
berada di Ayutthaya, tapi kali ni aku di hantar ke prachinburi. Wahh! Aku
memang zero pasal tempat ni. Terbayang dalam kepala aku kesusahan yang bakal
aku tempuhi.
Apa pun, ini adalah pengalaman paling best buat aku. Yelah,
bukan mudah kita nak dapat peluang macam ni kan. Oklah, entry ini hanya nak
kasitau, kemana aku pergi dan kenapa aku tak update blog, insyaAllah, jika
berkesempatan, aku ceritakan pula pengalaman aku dekat sana ya. Hehehe
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com