Benarkah Yus jambu meninggal dunia?

November 30, 2015

Benarkah Yus jambu meninggal dunia?. Pagi tadi, sewaktu aku sarapan di cafe, sambil-sambil makan tu, sempat juga la tengok rancangan dekat tv3. Dalam rancangan tu, mereka berceritakan mengenai pelawak yus jambu. Aku sebenarnya, masih kurang pasti apa yang mereka bualkan, sebabnya aku fokus nak makan je, tapi dari riak dan penggunaan bahasa yang mereka gunakan, semacam ada sesuatu yang tak kena.

Sudahnya, ada seorang rakan sekerja yang makan dekat sebelah aku cakap. "Eh, yus jambu meninggal dunia la". Aku yang ngah sedap layan kue tiau goreng dengan telur mata, berhenti sekejap. Ha? Betul ke? Aku pun stopla sekejap makan, buka FB, cari berita tu betul ke tak. Lepas belek-belek kisah cinta tak kesampaian, cerita-cerita motor, dan ucapan selamat pagi dekat wall, aku jumpa berita ni dekat status Abang afdlin shauki.


Al-fatihah! Memang benar yus jambu meninggal dunia. Mengikut berita yang di sampaikan, beliau meninggal dunia akibat daripada komplikasi jantung. Ini adalah petikan berita daripada BH Online:

KUALA LUMPUR : Pelakon dan pelawak, Yus Jambu, 39 atau nama sebenar, Yussry Edoo meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung di Hospital Selayang, sebentar tadi.

Sahabat rapat kepada pelawak itu, Sherry Al Hadad, berkata Yus atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Yus rebah ketika mengadakan persembahan dan terus dikejarkan ke hospital.

"Saya dimaklumkan oleh Abang Afdlin mengenai perkara itu. Dia meminta supaya kami mendoakan kesihatan Pak Yus.

"Tidak lama selepas itu, kami diberitahu Pak Yus sudah tiada lagi. Buat masa ini, hanya itu saja yang dapat yang dapat saya kongsikan.

"Saya dalam perjalanan ke Hospital Selayang untuk menziarahi jenazah arwah," katanya kepada BH Online. 

Beberapa rakan artis turut memuat naik status dan gambar di media sosial bagi memaklumkan mengenai berita kematian pelawak itu.

Gambar terakhir yus jambu sebelum meninggal dunia.

Dalam pada aku mencari berita dan cerita mengenai kisah Yus jambu meninggal dunia, aku terjumpa dengan 1 gambar yang di katakan gambar terakhir arwah sebelum beliau meninggal dunia.

Melalui cerita yang disampaikan, arwah tersangat letih ketika itu, dan di katakan juga, terdapat "kalimah Allah" pada dahinya. Apa pun, itu adalah kuasa Allah. Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-fatihah kepada arwah pak yus. Semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin. Al-fatihah.

Gambar yang dikatakan gambar terakhir arwah.

1 ulasan:

  1. saya pun terkejut dengar tentang berita ini,saya sedekah yasin sekali :-)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.