Blog reviews : ciklapunyabelog.
Blog reviews : ciklapunyabelog. Baiklah, kita teruskan lagi segmen blog reviews untuk kali ke 15. Fuh! Macam tak percaya, dah 15 blog yang aku review. Harapnya, semua senang hati lah dengan cerita aku. Yelah, takut juga ada yang kurang senang dengan kata-kata yang aku gunakan. Jika ada, harap dimaafkan lah yer. :)
Hey..hey..hey, ini belog, cikla yang punya..Hahahaha..Teringat pulak dekat cerita ahmad albab. Ini harta, ahmad albab yang punya. Wahahahaha. Orait, jom kenal-kenal dulu dengan cikla. Nama dekat blog adalah CikLa Shahril. Berumur 33 tahun dan anak jati selangor. Ha. Sama titlenya dengan aku, part time blogger. Sudah berkahwin dan mempunyai anak. *ini melalui bacaan aku pada blog cikla ya*.
Baca juga : 17 Kenangan Terindah semasa kanak-kanak. Korang pun mesti pernah rasa pengalaman ni kan?
Aku suka dengan header blog ni. Kreatif! Aku suka juga dengan ayat pada banner tu. Kalau diterjemahkan guna google translate, bunyinya lebih kurang macam ni la:
" Aku tidak pernah mampu untuk menjadi sempurna, tapi aku boleh jadi yang terbaik"
Ahha! Terbaik kan? Kalau difikirkan balik, memang benar manusia tidak mampu menjadi terlalu sempurna. Tetapi kita mampu dan boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik. Ianya mungkin di dalam bidang kerjaya ataupun blog. Hmm, nampak tak kelebihannya kalau korang rajin singgah dekat blog rakan-rakan blogger yang lain?
Susunan di dalam blog ini juga boleh dikatakan kemas dan memudahkan pembaca mencari apa yang mereka inginkan di blog ini. Ahha! Terbaca pasal Jeruk Pak Ali. Jangan tak tahu ya, jeruk ini dikatakan Jeruk Paling Sedap Di Penang. Ha. Jadinya, kalau korang jalan-jalan ke penang, jangan lupa beli jeruk ni ya! hehehe.
Ok. bahagian awal blog ini banyak menceritakan pasal makanan je. Perut aku ni belum terisi ni. Hadoi. Dapat makan pepahat pun ok ni. ha! Pernah dengar pasal pepahat? Kalau korang nak tahu apa ke bendanya tu, korang kena singgah ke blog cikla di http://ciklapunyabelog.blogspot.my/. Sungguh tak rugi kalau ke sana ya! :)
ok terjah skrg jugak..
BalasPadamsekali pandang terbaca Cilak*punyabelog huhuhu
BalasPadamHa, jangan-jangan..Baca elok-elok ya. :)
BalasPadam