Yang Baik Belum Tentu Baik.
Yang Baik Belum Tentu Baik. Ada orang cakap, bila dah cukup solat 5 waktu, mereka dah cukup baik. Dan mengaji quran setiap pagi, mereka dah cukup sempurna. Sekarang aku nak cakap, mereka belum tentu baik dan sempurna. Tidak semestinya mereka sudah cukup melaksanakan segala suruhan, mereka sudah cukup baik.
Aku bukanlah nak mengata sesiapa, tapi inikan blog ceritaejoy. Jadinya, akan aku ceritakan apa sahaja yang berlaku di sekeliling aku ni. Baik. Ceritanya macam ni, ada seorang rakan, pada mata aku, taat mengikut perintah Allah. Solat wajib tak pernah tinggal. Solat sunat selalu buat, ayat-ayat quran tak pernah lekang dari bibir. Pendek kata, siapa yang melihatnya, merasakan diri orang ni sudah cukup sempurna.
Namun, itu dari mata orang yang jarang melihatnya. Bagi aku yang kerap dan tahu segalanya tentang diri rakan aku ni, tak langsung rasa diri dia ni cukup sempurna. Betullah kata orang, mana ada manusia sempurna dalam dunia ni. Tak banyak, pasti ada sedikit kekurangannya. Kan?
Orait, part mana yang tak sempurna tu? Dari segi kehidupan sehariannya. Aku nak cerita pasal kerjaya ya. Jika benar, segala suruhan sudah dilakukan, dah pasti dia dah tahu akan hukum hakam kan? Yang sebenarnya, dia langsung tak tahu. Yelah, siapa yang benar-benar melakukan kerja dia secara bersungguh-sungguh? Pasti ada yang mencuri sedikit masa, betul tak?
Contoh curi masa dekat sini, ambil contoh waktu rehat. Siapa yang benar-benar menggunakan masa rehatnya dengan betul? Mesti ambil lebih, betul tak? Rehat 1 jam, mesti ambil lebih 15 minit, ada yang lagi expert, rehat sampai 1jam setengah. Ha. Itu satu.
Yang keduanya, kerja harian. Dari pagi hingga ke petang, langsung takda result. Maksud takda result, tiada kerja. Jadinya, apa yang dilakukan 1 hari bekerja tu? Aku bercerita mengenai mereka yang kuat dengan pegangan agama ya. Sebabnya, mereka ini sudah pasti benar-benar berpegang dengan ajaran agama. Tak usah bercerita tentang mereka yang kurang beribadat ni, anak tangga naik ke masjid pun tak tahu berapa. Kan?
Belum cerita tentang kerja yang dilakukan. Orang lain yang penat, mereka yang mengangkat nama mengatakan kerja tersebut atas usaha diri mereka. Aiks? Solat tunggang terbalik, tapi kaulah raja menipu. Dah kenapa? Itulah manusia kan? Yang baik tu belum tentu baik. Yang jahat, tak semestinya jahat. Tapi orang kita, itulah. Nampak orang kerap ke masjid, owh, mereka ini yang terbaik. Sedar tak sedar,mereka jugalah yang kadang-kadang, rajin merosakkan hubungan. Wallahualam.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com