8 Perkara Yang Tidak Mampu dilakukan Telefon Pintar anda.


8 Perkara Yang Tidak Mampu dilakukan Telefon Pintar anda. Zaman sekarang ni, siapa yang tidak ada telefon pintar dikatakan ketinggalan zaman. Manakan tidak, setiap perkara adalah di hujung jari. Penyebaran berita menjadi sangat pantas dengan telefon pintar ini. Dan dalam sedar tak sedar, telefon pintar juga telah mengambil alih kehidupan kita dan keluarga kita. 

Baik. Ada di kalangan kita yang beranggapan, telefon pintar pada masa kini adalah yang terbaik di antara yang baik. namun tahukah anda, ada 8 perkara yang mana telefon pintar tidak mampu berikan kepada anda. Ini buktinya:

1. Telefon pintar tidak mampu mengeyangkan anda.

Semahal mana pun telefon anda, ianya tidak mampu mengeyangkan perut anda. Anda masih perlu mencari makan dan menyuapnya ke dalam mulut anda. Ini juga bermakna, peniaga restoren masih mampu meniaga. Cuba bayangkan kalau telefon pintar mampu mengeyangkan perut pemiliknya. 

2. Masih perlu di cas.

Semahal mana pun telefon pintar anda, anda masih perlu cas semula baterinya. Betul tak? Kenapa tak penuh sahaja tanpa kurang bateri tu? Beli mahal-mahal, kadang-kadang tu, time kita betul-betul nak guna, tapi tu la bateri habis. Tension tak? Ish.

3. Tidak mampu mengembalikan mesej.

Ia macam perumpamaan dahulu la, terlajak perahu boleh di undur, terlajak kata binasa. Eh, yeker? Hahaha. Pernah tak terasa menyesal selepas hantar mesej kepada seseorang. Atau pernah tak rasa/berusaha bersungguh-sungguh untuk batalkan mesej yang telah di hantar. Ahha!

4. Sukar di cari.

Ini selalu terjadi pada aku. Letak handphone merata, lepas tu menggelabah mencari. Kalau bateri ada takpe, kalau bateri habis? 1 rumah mencari. Kalaulah ada teknologi, handphone hilang, kita jerit je, pastu handphone berbunyi, kan bagus. Ye tak? Hehehe. 

Orait. Ini adalah 4 perkara daripada 8 Perkara Yang Tidak Mampu dilakukan Telefon Pintar anda. Ada lagi 4 perkara yang tidak aku kongsikan di sini dan aku ceritakan di entry yang lain. Setakat ini, 4 perkara di atas memang takda pada telefon pintar walaupun ianya yang paling mahal kan? Hehehe.

3 ulasan:

  1. Hahahaha....
    8 kekurangan HP boleh ditampung dengan kelebihan2 yang lainkan..
    Apa2 pun apa yang di huraikan memang TEPAT dan BETUL...

    Follow blog AlongMisuari

    Artikel TERBARU AM
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1K Give Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
    Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)

    HOT ITEM..
    LeoRa For Men
    LeoRa For Women

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.