Aku Manusia Pelik?


Manusia pelik. Harini, aku terasa nak bercerita tentang diri aku. Tak banyak tapi adalah sikit cerita. Ada yang cakap aku ni manusia pelik. Kalau pun bukan Manusia Pelik Di Dunia, tapi ada juga peliknya. Pelik yang macamana, akan aku ceritakan sekejap lagi.

Sebelum nak teruskan penceritaan ceritaejoy ni, jom kita tengok Sifat Manusia Berdasarkan Golongan Darah. Sebelum tu, kenalah tahu korang dalam golongan darah apa ya. Aku dalam kelompok darah O+. Orang cakap darah mahal, betul atau tak, itu aku kurang pasti ya. Orait.

Sifat Manusia Mengikut Jenis Darah.


Kumpulan darah O 

Mereka yang memiliki darah kumpulan O lahir sebagai seorang pemimpin – mereka berkeyakinan, bercita-cita tinggi dan peramah. Anda mungkin keberatan untuk memandu selama 3 jam semata-mata mencari gerai nasi lemak yang enak di luar bandar. Tetapi rakan anda yang berdarah O dengan mudah boleh memujuk dan menukar fikiran anda. Mereka memiliki karisma dan keyakinan yang cukup tinggi untuk membuatkan anda bersetuju dengan cadangan atau pendapat mereka. Malah, merekalah yang pertama mengangkat tangan apabila guru bertanya di dalam kelas. Mereka jugalah yang mula-mula memberikan pendapat di dalam mesyuarat di pejabat. Keyakinan yang tinggi serta keberanian yang menyerlah menjadikan ramai yang kini berjaya sebagai peguam, pengacara televisyen dan penceramah motivasi. 


Mereka yang berdarah O lebih berkemungkinan untuk berkawan rapat dengan individu daripada kumpulan AB kerana sifat mereka yang berbeza tetapi saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat rasional dan tenang yang dimiliki oleh mereka yang berdarah AB membantu mereka membuat analisis dan menyelesaikan masalah. Mereka daripada kumpulan O pula boleh menunjukkan cara-cara menyerlahkan karisma dan membentuk keyakinan dalam pergaulan. 

Namun begitu, mereka di dalam kumpulan O lazimnya tidak begitu mesra antara satu sama lain. Ini kerana masing-masing bercita-cita tinggi dan mungkin sahaja saling bersaing, sama ada di pejabat mahupun di rumah. Oleh yang demikian, individu berdarah O harus lebih berhati-hati dan belajar bertolak-ansur.

Sumber : Astro.com

Baik. Itu mengenai perwatakan manusia mengikut jenis darah. Sekarang aku nak cerita pulak tentang diri aku yang dikatakan pelik oleh rakan-rakan di sekeliling aku. Apa yang peliknya? Sedikit yang peliknya adalah, aku tak rasa minyak panas tu panas. Ha? Macamni, minyak panas kalau kita letak dekat tubuh kita *dalam kuantiti yang banyak* mesti rasa pijar kan? Tapi tak pada aku. Aku tak rasa minyak panas tu panas.

Ada 1 hari tu, perut aku tak selesa. Aku mintak minyak dengan rakan aku. Dihulurnya minyak panas dekat aku. Aku ambil dan terus sapu dekat perut. Kemudian aku sapu dan sapu. Sampailah rasa puas. Kemudianya kawan aku ni cakap, "eh, joy, ko jangan sapu banyak-banyak, pijau perut kau nanti". Aku pandang dia lepas tu cakap, aku rasa macam sapu minyak gamat je kat perut aku ni.

Hahahaha. Sungguh aku tak rasa langsung. Rasa macam sapu minyak gamat je. Lepas tu, aku tak rasa geli pun kalau geletek dekat bahagian pinggang atau ketiak. Ha. Ada orang bukan main mengeliat mengeliut lagi kan? Tapi aku tak rasa apa pun. Tak tahu nak kasitau macamana rasa tu. Aku rasa sakit adalah kalau cucuk-cucuk dekat situ. Hish. Kenapa ek?

Lagi 1 yang aku rasa pelik adalah, kopi tidak mampu untuk menghilangkan rasa mengantuk aku. Orang cakap minum kopi mata segar. Aku minum bercawan kopi, sampai masanya, aku tertidur juga. Tak hilang pun rasa mengantuk tu? Ke aku kena tipu? Ke aku kena minum kopi wonda macam abg ben cerita dekat blog dia? Ish. Ke macamana?

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.