Sungguh aku malas nak update blog!
Sungguh aku malas. Aku buka blog, baca komen yang ada dan kemudiannya blogwalking blog rakan-rakan blogger. Rajin aku tengok rakan-rakan blogger malaysia yang update blog mereka. Macam-macam cerita mereka kongsikan. Tapi blog aku, nak hasilkan 1 cerita pun ambil masa yang lama. Hmm.
Baru je kejap tadi singgah blog HH. Baca entry mengenai Trafik Blog Sedikit Bukan Bermakna Tidak Bagus. Kata sifu, cara untuk mendapatkan trafic yang tinggi untuk blogger baru seperti aku adalah dengan sentiasa update blog. Maksud update blog disitu adalah dengan hasilkan entry baru setiap hari. Hmm, nampak mudah tapi sukar sebenarnya pada aku. Yelah, idea nak menulis tu ada, cerita yang nak dikongsikan itu ada, cuma kerajinan itu je yang takda. Adoi!
Kata orang, perkara paling susah nak tolong adalah, mereka yang malas. Yelah, kalau dah malas, tak boleh buat apa la. Sama contohnya dengan mereka yang nak jadi kaya, tapi malas usaha, memang tak jadi baranglah kan? Hmm. Selama aku berblogging ni, aku perasaan, aku hanya mampu menulis dalam masa-masa tertentu sahaja. Waktu pagi dan malam. Kalau waktu-waktu macam ni, ha, inilah jadinya. Ke korang pun sama aku?
Kalau dah waktu pagi dan malam sahaja boleh menulis, kenapa tak update blog waktu itu? Baik, ini jawapan aku, waktu pagi, masa yang aku ada memang singkat. Dari jam 0800 hingga jam 1000 sahaja. Waktu malam? Malam adalah waktu aku bersama dengan anak-anak. Tunggu mereka tidur? Dengan aku-aku tertidur. Hahahahaha.
Itu yang aku cakap tadi, penyakit malas ni memang takda ubat. Korang nampak tak, ada je alasan yang aku bagi kat atas tu? Hahahaha. Yang sebenarnya, boleh je nak menulis, tapi saja je, dah nama pun malas. Kan? Hehehe. Cerita malas nak update blog pun dah boleh hasilkan 1 cerita bebelan dekat blog ceritaejoy ni. Untung sebenarnya penyakit malas ni, kalau kena dengan gayanya lah. Orait! Aku nak g amik angin jap, kalau-kalau rajin tu datang ke. Hihihi.
ingatkan aku sorang jer yg malas nak update blog....ada kawan rupanya.
BalasPadamkita geng..hahahaha
Padamsaya pun banyak hari juga takde idea.. huhuh
BalasPadam