Lakonan suspek kelar pelajar tingkatan 5 tidak menjadi.
Lakonan suspek kelar pelajar tingkatan 5 tidak menjadi.
Hangat sungguh berita mengenai kes kelar remaja perempuan di penang baru-baru
ni. Antara berita terbaru yang aku baca adalah, suspek yang mengelar mangsa,
telah datang ke lokasi dan berlakon dengan meratapi kematian mangsa. Mungkin ia
adalah 1 usaha suspek untuk mengaburi mata pihak polis. Namun ianya tidak
menjadi selepas keluarga mangsa merasai sedikit kelainan dengan gerak geri
suspek.
Mengikut bacaan ceritanya lagi, suspek dikatakan menangis
teresak-esak dan meminta untuk masuk ke dalam rumah untuk melihat mangsa. Tetapi
dalam masa yang sama, beberapa jiran mangsa telah memberitahu keluarga mangsa
yang suspek sering kelihatan berada di luar rumah dan kerap menganggu mangsa
*mungkin suspek merasakan, tiada orang yang melihat beliau, sebab tu dia berani
buat macam tu*.
Disinilah pentingnya hidup berjiran. Bayangkan jika tiada
siapa yang mengambil tahu perihal kita dan keluarga kita. Sudah tentu akan
menyukarkan lagi pihak polis untuk mengenal pasti siapa yang terlibat. Jiran-jiran
ibarat keluarga jauh kepada kita. Tapi, jap, aku rasa suspek ni, sedikit
terpengaruh dengan cerita filem.
Yelah, lepas bunuh orang, berlakon seperti tiada apa-apa,
kemudian datang ke tempat kejadian dan berlakon dengan menangis semahu-mahunya,
demi untuk mengaburi mata ramai orang. Tapi itu dalam filem lah! Dalam dunia
nyata, tak mungkin perkara semacam itu berlaku. Dah bunuh orang, lepas tu
takut?? Ingat nyawa manusia ni murah ke?? Apa pun, tahniah kepada pihak polis Malaysia
kerana Berjaya memberkas pembunuh gadis malang ini.
Jangan pula nanti, bila berada di dalam mahkamah, terus jadi
gila. Terus tak paham dengan apa yang disampaikan hakim. Semuanya sebab takut
dengan hukuman yang akan diberikan. Berani buat, tapi takut dengan hukuman.
Huh! Aku harap, pihak mahkamah akan jatuhkan hukuman yang setimpal dengan apa
yang telah dilakukan suspek ni. Takziah kepada keluarga mangsa.
Pandai buat pandailah tanggung sendiri hukumannya.
BalasPadamSalam takziah buat keluarga mangsa
oran yang bersalah tak akan tenang dlam hidup mereka..
BalasPadamMacam2 hal berlaku...dah tak aman dan dah tak selamat walaupon dlm rumah sendiri
BalasPadam