Gempar! 2 orang anak orang asli yang hilang di temui masih hidup!.

Oktober 10, 2015

Gempar! 2 orang anak orang asli yang hilang di temui masih hidup!. Selepas 48 hari hilang, 2 orang kanak-kanak orang asli ditemui masih hidup. Mereka berada di dalam keadaan yang sangat lapar dan letih. Sebenarnya, lama juga aku mengikuti perkembangan kanak-kanak orang asli yang hilang ni. Selepas berita penemuan mayat kanak-kanak orang asli, aku dah terfikir, mungkin yang lain juga menerima nasib yang sama. Tetapi tidak! Masih ada yang selamat!



Macam yang diperkatakan ramai orang, umum mengetahui "kehebatan" orang asli di dalam kehidupan di dalam hutan. Oleh yang demikian, aku sangat yakin mereka mampu untuk menempuhi kehidupan di rimba. Namun apakan daya, 5 daripada mereka menemui ajal akibat daripada kelaparan dan keletihan. Seorang daripada mereka pula lemas ketika menyeberangi sungai.

Dua budak Orang Asli kini di hospital.

Kota Bharu: Dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemui dalam keadaan lemah kira-kira jam 11.30 pagi tadi, tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) pada jam 8.30 malam tadi.

Noreen Yaacob, 10, dan Missudiar Aluj, 11, dibawa dengan dua ambulans ditemani ibu masing-masing dan ditempatkan di Wad 5 untuk dipantau pakar perubatan.

Ibu Noreen, Midah Angah, 40, dan ibu Mirsidiur yang ditemui enggan memberi sebarang komen kepada media.

Kedua mangsa ditemui jam 11.30 pagi tadi bersama mayat seorang kanak-kanak yang belum dikenal pasti identiti.

Sumber: Harian metro

2 ulasan:

  1. Balasan
    1. betul tu. mereka dalam kategori hebat kerana berjaya survive. Bukan mudah nak survive dalam kehidupan di hutan.

      Padam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.