Punca kenapa ramai orang mengemari makanan pedas


Punca kenapa ramai orang mengemari makanan pedas. Pertama kalinya, aku nak kasitau, aku tak makan pedas dan aku memang tak suka makanan pedas. Eh, bunyi macam sama kan? Hahahaha. Baiklah, kalau di tanya apakah kesan Makanan Pedas pada aku, aku jawab, kalau aku makan makanan pedas, perut aku secara automatik nya sakit, kepala pening, terasa nak muntah dan paling teruk pernah aku hadap, terasa macam nak pitam. Rasanya waktu tu adalah makanan paling pedas aku "ter" makan.

Jika bercerita dari sudut kesihatan pula, makanan pedas jika diambil secara berlebihan mampu: 

Sukar Untuk Tidur

Ini disebabkan suhu badan meningkat dan badan akan berpeluh ini akan menyebabkan anda tidak selesa dan susah untuk tidur.Disarankan mengambil makanan pedas 3 hingga 4 kali dalam seminggu.

Peradangan 

Radang akan terjadi apabila terlalu kerap mengambil makanan pedas,berlanjutan hingga menyebabkan gangguan lambung akut,dan menyebabkan perut terluka. Luka parah pada perut akan mengeluarkan nanah dan sakit yang luar biasa. Gejala ini akan mengakibatkan mual,muntah dan penurunan berat badan yang ketara.

Meningkatkan Asid Perut

Rasa pedas cili itu sebenarnya dari kombinasi asam. Bila masuk dalam sistem pencernaan kadar asam akan meningkat.Bila anda makan makanan pedas sebenarnya menambah lagi jumlah asid di dalam perut.

Kehilangan Selera Makan

Apabila penyediaan menu makanan anda dari masakkan pedas sahaja, ini akan menyebabkan pergantungan terhadap makanan tersebut.Maka selera makan anda tidak teratur akibatnya tubuh hanya bergantung pada makanan pedas sahaja.

Menyebabkan Gangguan Perut(akut)

Peningkatan jumlah asid dalam perut yang ketara jika berterusan ini akan menyebabkan mual,muntah-muntah,cirit-birit,demam dan sakit kepala.

Namun, tahukah korang, yang ada di kalangan kita sememangnya suka makan pedas. Sampaikan setiap menu yang mereka makan, mestilah dari masakan yang pedas sahaja. Dan lebih hebatnya, makanan pedas ini langsung tidak memberi kesan kepada mereka. Sebenarnya, ada sebab kenapa perkara itu berlaku. Ianya ada dikongsikan dalam entry ini : Punca kenapa ramai orang mengemari makanan pedas

3 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.