Hanya mereka yang kuat makan sahaja tahu akan hal ini.
Kuat makan. Siapa yang kuat makan kat sini? Atau punya kawan yang kuat makan? Pernah jumpa dengan mereka yang Kuat Makan Tapi Kurus? Atau selalu cakap, perut rakan mereka, perut stokin sebab boleh makan dengan banyaknya? Banyak sebenarnya isu mengenai kuat makan ni, dan ada juga persoalan bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku.
Aku sendiri seorang yang sangat kurang makan. Hanya sepinggan nasi *dalam kuantiti sedikit* dah cukup untuk mengenyangkan aku. Berbeza dengan rakan aku yang mampu menghabiskan pelbagai hidangan dalam satu masa! Ini adalah suatu perkara yang hebat pada aku! Jadinya, aku adalah orang yang kurang sesuai makan di restoran yang menyediakan hidangan buffet semacam restoran seoul garden tu. Hehehehe.
Yang sebenarnya, aku sendiri kurang pasti dengan apa yang berlaku. Kenapa ada yang badan kecil, tapi makan banyak. Ada yang berbadan besar, tapi makan sedikit sahaja. Jangan pula ada yang kasitau aku, orang ni ada bela hantu raya! Ini betul ya, orang kita macam itulah, bila nampak orang badan kurus, makan dengan banyaknya, mereka cakap orang ni bela hantu raya. Ish. Dah malas aku nak cerita. Ini blog ceritaejoy, bukan Blog Hantu Malaysia.
Berbalik kepada cerita aku tadi, yang sebenarnya, aku terjumpa 1 laman web, diterangkan Hanya mereka yang kuat makan sahaja tahu akan hal ini. Masalahnya aku tak kuat makan, jadinya tak perlulah aku bacakan? Hahahahaha. Tidaklah begitu. Tak salahkan kalau kita nak ambil tahu, sekurang-kurangnya, bolehlah kita elakkan tanggapan negatif kita pada mereka yang kuat makan ni, ye idok?
Ada 16 perkara yang hanya diketahui oleh mereka yang kuat makan sahaja. Mungkin juga kalau korang terbaca 16 perkara ni, korang juga dalam senarai mereka yang kuat makan. Yelah, kadang kita rasa kita tak kuat makan, rupa-rupanya, kita dalam kategori mereka yang kuat makan. Aha! Dah bersedia nak tahu apakah 16 perkara tu? Hehehe, macam biasalah sambungan cerita tu ada di
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com