Gambar Sultan Brunei Kawal Lalu Lintas.


Gambar Sultan Brunei Kawal Lalu Lintas. Dalam 1 kejadian kemalangan yang disebabkan oleh seorang pemandu wanita yang dipercayai memandu melebihi had laju, telah mengakibatkan 2 juruiring baginda cedera. Semasa menunggu bantuan kecemasan tiba, baginda telah keluar daripada kenderaan di raja dan mengawal lalu lintas.

Sultan hassanal bolkiah sememangnya dikenali di antara sultan berjiwa rakyat. Baginda kerap kali dilihat menolak protokol di raja hanya untuk mengetahui dengan lebih mendalam perihal rakyatnya. Sultan brunei juga kerap kali dilihat bersama rakyat dalam banyak keadaan. Tersebar 1 gambar baginda bersama-sama basah kuyup bersama rakyat ketika perarakan maulidur rasul.


Baru-baru ini, dalam 1 kejadian di pulau pinang, sewaktu di lapangan terbang, Sultan hassanal bolkiah turun dari kenderaannya dan terus meluru ke arah anggota yang mengawal lalu lintas (escort) untuk bersalam dengan mereka sebagai tanda terima kasih. Perkara ini sememangnya di luar jangkaan ramai orang.





Sifat sultan brunei ini sememangnya dilihat sebagai sifat seorang manusia yang merendah diri. Walaupun baginda mempunyai segala-galanya, baginda tetap melayan orang bawahan seperti biasa dan menghilangkan halangan yang ada di antara sultan dan rakyat bawahan. Sifat inilah yang patut di contohi, janganlah hanya inginkan sesuatu, barulah mahu memahami hati rakyat dan orang bawahan. Sentiasalah melihat kebawah kerana sampai masanya nanti, siapa pun kita, kita akan memiliki tempat tidur yang sama.

2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.