Kelayakan Piala dunia 2018 : Malaysia 0-10 United arab emirates
Kelayakan Piala dunia 2018 : Malaysia 0-10 United arab emirates. Terus terang aku katakan, aku bukan kaki bola, dan mungkin juga aku bukanlah orang yang sesuai untuk berbicara mengenainya. Tetapi aku berani katakan, aku adalah sebahagian daripada rakyat malaysia. Dan pasukan bola kita digelar Malaysia, dan bukannya atas nama individu, jadinya bolehlah aku sedikit berbicara mengenainya ya!
Apa sudah jadi? Itu sahaja yang boleh aku katakan. Mungkin ramai yang menantikan perlawanan Malaysia VS uae ni. Tiada siapa yang boleh menjangkakan malaysia akan menang di dalam pelawanan ini. Tetapi, siapa yang boleh menjangka malaysia menerima kekalahan besar seperti semalam? Owh la, penuh cerita di facebook aku awal pagi ini, kebanyakan dari mereka merasa cukup kecewa. Malah ada yang merendahkan team bola sepak malaysia. Tidak kurang yang berkata mengenai dollah salleh.
Dari pembacaan aku, antara kelemahan atau punca kepada kekalahan besar ini adalah kesilapan taktikal yang mana kelemahan berada di pihak pertahanan harimau malaya. "Jurang" yang terlalu besar/jauh memberi kelebihan kepada pasukan uae menjaringkan gol. Ini juga seolah-olah memberi "kebebasan" kepada Omar Abdulrahman untuk berlegar-legar di kawasan malaysia.
Bercerita mengenai kelajuan pemain harimau malaysia berbanding uae, Ali Mabkhout dan Ahmed Khalil pasti tidak mengalami masalah berhadapan dengan pertahanan malaysia. Ini kerana, dari apa yang di lihat, pertahanan malaysia masih belum mampu menyaingi kelajuan mereka. Jika dilihat kepada majoriti gol yang di hasilkan, kebanyakannya adalah dari Omar Abdulrahman dan Amer Abdulrahman. Dan di hantar ke belakang pemain pertahanan malaysia. Ini adalah kerana penyerang uae memiliki kelebihan kelajuan larian berbanding malaysia.
Hmm, nak bercerita panjang pun, kita tak boleh ubah situasi sebenar. Apa yang boleh dilakukan pasukan harimau malaya adalah merancang strategi baharu bagi menguatkan lagi pasukan bolasepak malaysia sekaligus tidak lagi mencatatkan keputusan buruk seperti ini. Aku sekali lagi nak cakap, aku bukanlah peminat bola tegar, tetapi jika pemain malaysia bermain dengan cara lebih kepada hantaran atau dalam bentuk bertahan, mungkin pasukan kita boleh mengurang "jumlah gol". Ini hanya pandangan aku yang daif mengenai pemainan bolasepak ini.
Apapun, bangkitlah pasukan harimau malaya! Kekalahan bukanlah penentu kepada kelemahan selamanya. Biarkan yang berlalu menjadi pemangkin kepada semangat yang lebih hebat di dalam membina pasukan bolasepak antara yang disegani bukan di dalam asia malah di dalam dunia. Kami rakyat malaysia sentiasa bersama anda! Yeah! Hehehehe. *bersemangat tak aku hari ini?*
10 hengget? 10 sen? 10 billion? ??????
BalasPadam10..aaa...10...10 apa ek? Hehehehe
Padamsinggah sini..erk,tak berapa minat tengok bola.hehe.
BalasPadam