Sharifah sofia di buru SKMM.

Ogos 04, 2015

Sharifah sofia di buru SKMM|Mungkin ada yang dah kenal dengan page sharifah sofia ni dan mungkin juga yang langsung tak kenal. Semacam aku, suka juga aku baca setiap status di facebook sharifah sofia atau nama penuhnya *di facebook la* sharifah sofia syed rashid. Tetapi hingga kini tiada siapa yang tahu siapakah pemilik kepada akaun facebook ini. Pernah juga ada cerita yang mengatakan sharifah sofia tenat akibat di sihir oleh pihak tertentu. Boleh baca di SINI

Terkini, sharifah sofia di buru SKMM. Ini berikutan kebanyakkan status di facebooknya yang banyak berceritakan perihal isu semasa dan kerajaan malaysia. Boleh teruskan bacaan anda.

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meminta seorang pemilik akaun Facebook bernama Sharifah Sofia Syed Rashid untuk hadir ke SKMM bagi membantu proses siasatan berhubung penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya dalam akaun Facebooknya.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, berkata hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati wujud akaun ‎Facebook menggunakan profil Sharifah Sofia Syed Rashid yang digunakan untuk penyebaran maklumat-maklumat yang belum ditentukan kesahihannya.

Katanya, analisis yang dijalankan turut mendapati, pemilik berkenaan juga disyaki menggunakan pelbagai profil seperti Sharifah dan Kapten Sharifah untuk tujuan yang sama.

Menurutnya, maklumat-maklumat yang disebarkan dalam akaun FB itu bukan sahaja palsu bahkan berupaya menjejaskan ketenteraman awam.

"Justeru, MCMC meminta mana-mana pengguna media sosial yang mempunyai maklumat mengenai pemilik akaun FB itu untuk tampil membantu siasatan.

"Mana-mana pihak yang cuba menyebarkan maklumat-maklumat palsu di media sosial boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 211 atau 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," tegasnya.


Pengguna media sosial yang mendapati akaun mereka disalahgunakan untuk membuka akaun palsu adalah dinasihatkan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak FB agar akaun palsu mereka itu boleh ditutup. Mereka juga boleh melaporkan perkara itu kepada MCMC di e-mel aduanskmm@cmc.gov.my

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.