Kepentingan untuk mempelajari bahasa asing.

Julai 14, 2015
http://ceritaejoy.blogspot.my/

Kepentingan untuk mempelajari bahasa asing|Rasanya sekarang ni, dah ramai dari kalangan kita yang mahir menggunakan pelbagai bahasa selain daripada bahasa ibunda. Ada banyak kebaikan mempelajari bahasa asing ini. Aku cuba untuk menghuraikan apakah antara kelebihan-kelebihan yang bakal anda perolehi jika mempelajari bahasa asing. Ini adalah antara kepentingannya.

1) Tidak mudah tertipu.


Ya, anda tidak akan mudah tertipu jika anda faham bahasa selain dari bahasa yang biasa anda gunakan. Dalam urusan jual beli, kebiasaannya peniaga *merujuk kepada peniaga selain dari bangsa melayu* menggunakan bahasa mereka untuk berbicara sesuatu perkara yang mungkin berkaitan harga produk. Dan ianya berlaku di hadapan anda. Jika anda faham apa yang sedang mereka tuturkan, anda mungkin boleh elakkan dari di tipu peniaga. *merujuk kepada nilai harga yang berbeza dari harga sebenar*.


2) Memudahkan pengurusan.


Ini yang terjadi kepada aku. Sewaktu aku berada di thailand. Adalah sangat sukar untuk aku berbicara dengan rakan-rakan di sana. Mujur ada seorang rakan yang fasih berbahasa thai, yang menerangkan segalanya. Yang aku akan ingat sampai bila-bila adalah, bila aku nak order makan *Waktu tu rakan aku yang fasih berbahasa thai ini takda*Aku order ikan siakap masak 3 rasa. Siap tunjuk gambar bagai, sekali yang datang, ikan siakap masak stim. Ahh sudah. Inilah kepentingan untuk mempelajari bahasa asing.


3) Mudah mempelajari ilmu baharu.


Bila kita di negara orang, ada ilmu yang tidak ada di negara kita. Aku beri contoh. Jika anda fasih berbahasa perancis. Ada buku-buku yang berkongsikan ilmu bukan di dalam bahasa inggeris dan hanya di tulis dalam bahasa perancis. Jadinya, bila anda fasih berbahasa asing, adalah sangat mudah untuk anda mempelajarinya. Kan?



4) Memudahkan perjalanan.


Ada papan tanda di negara luar, yang tidak menggunakan bahasa inggeris, sebaliknya menggunakan bahasa ibunda negara mereka. Jadi, bila anda faham bahasa mereka, segalanya jadi mudah bukan. Sama macam kalau kita tersesat jalan di malaysia, kita cuma berhentikan kenderaan dan tanya pada mereka yang berdekatan. Cuba kalau sesat kat jepun. Dan anda tanyakan pada orang jepun arah jalan yang betul di dalam bahasa melayu. Tak ke haru biru jadinya? Hahahaha.


5) Satu kelebihan kepada anda.


Bila anda mahir berbahasa asing, ianya menjadi suatu kelebihan kepada anda. Antaranya adalah. memudahkan anda mencari kerja. Kerana tidak ramai seperti anda, dan mungkin juga anda adalah yang di cari-cari oleh kebanyakkan syarikat. Di sinilah pentingnya mempelajari bahasa asing.


Sebenarnya banyak kebaikkannya mempelajari bahasa asing ni. Sukar mencari keburukkannya. Malah ia menjadi suatu kelebihan kepada seseorang itu. Jadi, cepat-cepatlah belajar bahasa asing ya. Jangan tunggu-tunggu lagi. Chai may? *betul kan? dalam bahasa thai* hehehehe.

2 ulasan:

  1. Betul2. banyak kelebihan belajar bahasa asing ni. mmg la bahasa melambangkan bangsa, habis kalau pegi negara orang lain takkan nak ckp bahasa kita jugak kan. tak ke mcm itik dgn ayam sembang. hehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.