I'm back!
I'm back!|Bunyinya macam ramai pula yang tertunggu-tunggu aku, itu perasaan aku, walhal mungkin perkara sebaliknya yang berlaku. Hahahaha. Ini semua poyo! Setelah hampir 2 minggu *2 minggu je pun, aku berada di negara orang, hari ini aku kembali bekerja di negara sendiri.
Fuh! Pelbagai pengalaman baru berada di negara orang. Alhamdulilah, kali ini, segalanya dipermudahkan oleh Allah. Segala macam kelengkapan dan kesenangan yang aku dapat sepanjang berada di negara orang.
Jika aku fikir-fikir balik, kalaulah aku pergi sendirian, confirm aku takkan tahu lokasi-lokasi menarik dekat thailand ni. Alhamdulilah, ada chuzai dekat sana yang banyak membantu dan memperkenalkan kepada kami lokasi-lokasi menarik di thailand. Itu insyaAllah, aku akan cuba kongsikan sedikit demi sedikit. InsyaAllah.
Betul kata orang, hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri *terus terang aku cakap, aku tak pasti kenapa mesti guna air hujan, kenapa tidak air batu? Hahaha. Kalau korang jenis makan sahaja apa yang ada, atau nasi ada makanan ruji korang, korang pasti tidak berhadapan dengan kesukaran ketika berada di thailand.
Tapi bagi aku yang menjadikan makanan goreng seperti mee, mihun dan kue tiau sebagai makanan ruji, adalah sangat mengusarkan. Kenapa? Kerana anda tidak akan berjumpa langsung dengan makanan ini di sana! Owh! Mengigil perut aku tak dapat makan mee goreng selama 2 minggu aku berada di sana. Ish. Ish.
Kini segalanya menjadi kenangan buat aku. Pengalaman berada di negara orang beserta dengan pelbagai ilmu baru, pasti akan mengingatkan aku sampai bila-bila. InsyaAllah, aku akan cuba kongsikan sedikit demi sedikit pengalaman aku di sana. Dan ada juga perancangan untuk bawa keluarga aku ke sana. Supaya mereka juga dapat merasai keseronokkan berada di sana. InsyaAllah.

Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com