Welcome to Ayutthaya thailand.

Jun 27, 2015

Welcome to Ayutthaya thailand| Selamat datang ke ayutthaya thailand. Sebenarnya dah terlalu lewat untuk aku ucapkan atas kerana aku dah berada di sini selama 5 hari. Hahahahaha. ini entry malas sebenarnya dari aku. Bukan malas sebenarnya, cuma masa untuk bercerita tu takda. Nak menaip entry ni, bukan main taip je, kena bercerita jugak kan? Jadinya, selepas 5 hari di sini, barulah aku ingin memulakan cerita aku. Welcome to ayutthaya thailand.

Aku pergi berlima. Menaiki pesawat Mas MH788. Nak juga aku bercerita pasal pesawat ni, entah kenapa, aku rasa terlalu pening+takut pula naik pesawat ni. Serius! Menakutkan. Waktu pesawat ni masuk dalam ruang udara thailand, cuaca waktu tu tak baik, jadinya pesawat macam terhuyu hayang *dah bunyi macam orang mabuk pula kan? Hehehe. 

Tiba waktu mendarat, aku rasa pesawat ni macam dah nak turun, tapi dia naik balik, lepas tu rendah balik. Ada la 2 ke 3 kali macam tu. Kalau korang, tak cuak ke? Aku? Gila tak cuak! Dalam kepala aku dah fikir bukan-bukan. huhuhu. Alhamdulilah semuanya dalam keadaan baik. Alhamdulilah.

Lepas dah selamat mendarat, kami semua pun bergegas la nak settelkan semua benda. Mula sekali nak kena isi form sebelum lalu kastam thailand. *Borang ni korang akan dapat semasa di malaysia atau selepas korang masuk ke dalam lapangan terbang thailand ya. Aku jenis manusia, kalau isi form, mesti ada yang salah. Pramugari tu pula kasi 1 borang je, dah sudah, merata aku mencari borang tu, kat celah-celah tembok pun aku intai, alhamdulilah, jumpa 1 borang kosong, betul-betul luck aku waktu tu. Ish.





Jarak masa dari lapangan terbang KLIA ke suvarnabhumi lebih kurang 2jam setengah. Jarak masa ke ayutthaya lebih kurang 2 jam. Jadinya, sampai je ke bangkok, kitarang terus amik mini van. Bayaran dari airport ke ayutthaya bersamaan 3200bhat. Ikut kiraan aku, bersamaan MYR320. Rasanya mahal ke murah? Dah bergerak je, aku pun boleh la ucapkan welcome to ayutthaya thailand. Hehehehe.

Aku ingat, bila dalam mini van ni boleh la nak feeling2 layan tidur, rupanya tidak sama sekali! Aku duduk belakang sekali, aku ingat van ni tak pakai absorber kut. Terhentak-hentak aku dekat belakang. Adoi! tension betul lah. Dah la bulan puasa ni. Hish. Dah aku bercakap-cakap. Selamat di tak paham bahasa melayu. Hahahaha.

Thailand dengan malaysia ni tak banyak beza pun. Cuma jalan raya dia agak extreme. Sebab apa? Banyak lori dengan 2 muatan. Ala, depan satu, belakang tu ada sambung, bawak lagi 1 muatan. Ha. Korang leh bayangkan tak macamana rupa lori tu? Hahahaha.


Sudahnya aku berjaga jelah sampai ke ayutthaya. Dah check in suma, bergegas la nak naik ke bilik. Ingatkan bolehlah baring-baring, rupanya tak! Member-member ajak jalan pulak. Hadoi. Penat la sangat-sangat kan. Terpaksa la aku ikut. 

Sebenarnya, ada banyak benda yang nak aku kongsikan, tapi kalau aku nak bercerita semua benda dalam 1 entry, mahu panjang berjela-jela, jadinya aku cerita sedikit demi sedikit la ya. Kiranya cerita Welcome to Ayutthaya thailand ni ber'episodla yer. Hehehhe. Ok. Cerita aku habis dekat sini dulu, nanti aku sambung lagi la ye.

2 ulasan:

  1. Wahh seronok laa ejoy dpt g sana,,, jaga diri ya,.ok nnt cter laa lagi , Insyaallah akan jenguk sini lagi klau ada masa,.

    BalasPadam
  2. as salam. bestnya dpt ke sana. abe kie cuma mampu ke Golok aje..apa2 pun abe kie folo adik..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.