Tak kemas apa-apa lagi!

Jun 19, 2015
melancong ke thailand 2015

Tak kemas apa-apa lagi!|Ha, betul-betul ni, langsung tak kemas apa-apa. Nak terbang ahad ni, maknanya tinggal esok je. Barang apa pun tak kemas lagi. Esok dah tentu nak luangkan seluruh masa dengan family. Ish. 

Ramadan di ayutthaya thailand

Bila semua kerja buat last minit, confirm akan jadi macam dekat gambar atas tu. Confirm aku akan sumbat segala barang dalam beg. Dan confirm juga, aku akan bawa, banyak barang-barang yang tak perlu pun. Orang lelaki kan, senang je, main sumbat je. Hehehe.

Ala, bukan jauh pun, thailand je. Kalau tak cukup baju seluar, beli jelah. Itu yang ada di dalam fikiran aku sekarang. Wahahahahha. Tapi jangan tak tahu ye, ringgit menunjukkan kejatuhan yang sangat teruk. Ya! Sangat teruk!

Aku tukar 30,000bhat. Kalau sebelum ini, perkiraan matawang bhat dengan MYR (mengikut cara aku) bersamaan dengan MYR3000. Caranya adalah buang no di belakang mawatang bhat tu. Macam contoh 20,000bhat, kalau buang 0 kat belakang tu, maka MYR adalah 2000. Ha, korang faham tak? Hehehe.


Tetapi sekarang tidak lagi! Dengan dynamo, segala kotoran akan hilang! Hehehehe. Bukan! Sekarang jika anda tukar 30,000bhat, anda perlu membayar MYR3420! Yang mana, anda telah kerugian sebanyak MYR420!! Oit, dengan wang sebanyak itu, aku boleh hidup sebulan!*hanya aku, kalau keluarga, memang tak cukuplah wang tu.

Huhuhu, kalau dulu, merasalah jugak jadi "orang kaya" dekat sana. Tetapi sekarang, kenalah berjimat cermat. Kan kita sebagai rakyat bawahan di minta jimat cermat. Huhuhu.

Tapi! Owh!! Barang tak kemas apa-apa lagi! Aku tak tau nak bawak apa. Sesiapa yang biasa pergi travel untuk tempoh yang lama, boleh tak kongsikan dengan aku apa yang perlu ada? Biasa pergi 3-4 hari je, ini lama la pulak, bulan puasa pulak tu. hmm.

2 ulasan:

  1. jom masuk dalam bloglist :)
    http://syahirahvaliant.blogspot.com/2015/06/pencarian-bloglist-june-by-syahirah.html

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.