Peniaga kaut untung berlebihan!

Jun 19, 2015
Peniaga kaut untung berlebihan!|ceritaejoy bermula bila aku teringin nak makan sate daging. Al-maklumlah, bila masuk je dalam bulan puasa, macam-macam makanan yang kita nak makan. Nafsu namanya tu. Aku pun bungkuslah 30 cucuk sate daging. Niat di hati tu nak buat makan sahur. Bila sampai je waktu bersahur, aku pun isilah sate tadi dalam pinggan. Di sinilah episod peniaga kaut untung berlebihan.

Apa yang aku dapat bukanlah sate daging, tetapi sate lemak! Penuh dengan lemak, daging ada sikit-sikit je kat hujung dengan dekat bawah. Kat bahagian tengah, penuh dengan lemak je. Dah kenapa kan? Nak suruh orang makan lemak ke? Ish! 

Dalam 30 cucuk tu, kalau di kumpul dagingnya, boleh dapat 10 cucuk je kut. Yang lain semua lemak. Patutlah peniaga tu banyak lemak, sebab yang dijualnya bukan sate daging, tapi sate lemak. Ini mesti kes nak ambil untung yang banyak. Harga daging mahal, dia sumbatlah lemak banyak-banyak.

Ish, pelik betul aku dengan peniaga macam ni. 

2 ulasan:

  1. biasalah tu di mana-mana akan ada peniaga yang akan kaut untung berlebihan...

    BalasPadam
  2. Huhuhu kalau kak lya yang dapat lagu tu mmg kak lya g htr balik..mmg tak mkn lemak camno nak makan aduhhh

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.