Adidas yohji yamamoto y-3 qasa
Adidas yohji yamamoto y-3 qasa|Apa kebendanya ni kan? Hahahaha. Inilah nama kasut hasil rekaan dari seorang fashion designer bernama Yohji yamamoto. Ok. Apa kaitannya dia dengan aku? Jawapannya adalah, tiada kaitan apa-apa pun. Hahahahha. Tapi serius aku suka kasut rekaan dia ni. Sekali tengok macam kasut ninja pun ada. Tak percaya? Cuba tengok gambar kat bawah ni:
Sumber : google
Soalan aku, apakah tanggapan pertama anda bila melihat kasut ini? Buruk? Kenapa design dia macam ni? Macam pelik je, ada ke orang yang nak pakai? Jawapan ini mungkin bermain dalam fikiran korang tetapi tidak bagi aku. Hehehehe. Sebabnya, bila pertama kali aku tengok kasut ni, aku terus terpikat. Sebab pada aku, kasut ni unik. Tak seperti kebanyakkan kasut yang ada atau yang biasa kita tengok. Kan?
Sumber : google.
Sumber : google.
Sumber : google
Sumber : google.
sumber : google.
Ini di antara koleksi gambar kasut Adidas yohji yamamoto y-3 qasa. Dah macam ninja dah kan? Hehehe. Yang reka kasut ni pun, orang jepun. Dah tentu pereka ini mengambil design daripada kasut yang biasa dipakai oleh ninja. Aku dah pun mencuba kasut ni. Tanggapan awal aku, mesti ianya sedikit sukar dan panas. Tetapi selepas pakai, ternyata ianya sungguh selesa! Betul! Sangat selesa. Lembut je. Selesa untuk perjalanan jauh.
Untuk mereka yang sukakan kelainan, kasut ini perlu ada di dalam koleksi anda. Tetapi sayang sungguh, ianya tidak dijual di malaysia. Korang boleh beli secara online atau melalui peniaga-peniaga online yang ada. Confirm sangat berpuas hati memilikinya. Ok. Gambar kat bawah ni, gambar kasut Adidas yohji yamamoto y-3 qasa aku yang baru sampai semalam. Hehehehe.
macam cun jer ni...tiba-tiba terminat...#ehhh...
BalasPadamcantik kan? dah boleh order dah. Tapi jangan terperanjat dengan harganya ya. Hehehehe
Padammacam kasut ninja
BalasPadam