Permulaan tahun 2015 yang mencabar!

Januari 05, 2015
Alhamdulilah. Masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik dan umur untuk memasuki tahun baru 2015. Satu tahun yang di katakan permulaan tahun mencabar.

Aku tak kisah pun, orang duk kata, tahun ini adalah 1 tahun yang mencabar. Sebabnya, mahu atau tidak, kita perlu berhadapan dengannya.

Tetapi, yang memjadikan ianya sebagai tahun yang mencabar adalah kerana cabaran dan azam tahun baru yang aku setkan untuk aku tahun ini.

Fuh! Baru terasa nak hidup dan melihat dunia dengan lebih luas. Aku rasakan, inilah 1 tahun, yang mana aku betul-betul berazam untuk mencapai sesuatu.

Jika lihat pada target aku untuk tahun ini, ianya berbunyi sangat mustahil untuk aku capai. Tetapi, bukankah sesuatu yang sukar itu adalah suatu perkara yang sangat menyeronokkan?

Yeah!! Aku sangat bersemangat tahun ini!! Kerana, setiap yang aku inginkan, setiap benda yang aku ingin beli, aku akan capai! InsyaAllah.

Semoga dipermudahkan oleh Allah. Amin.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.