Manusia dan Musibah.

Januari 05, 2015
Sekarang ni, dekat corong radio dan televisyen, "terselit" bacaan surah-surah al quranul karim. Sebelum ni takda pun. Sampaikan anak aku yang baru nak masuk 2 tahun, boleh cakap dengan aku, " ayah, asin, asin" ( Ayah, yassin, yassin) merujuk kepada bacaan yassin di radio.

Kenapa sebelum ni takda? Kenapa selepas apa yang berlaku, iaitu bencana dan musibah yang diturunkan Allah, barulah ianya di pasang.

Inilah jawapan kepada apa yang berlaku. Musibah yang diturunkan Allah, bertujuan untuk mengingatkan kembali manusia kepada penciptanya.

Manusia mudah lupa, lalai dengan kerja seharian. Dan bila Allah turunkan bencana, barulah semua nak beringat. Barulah nak pasang itu dan ini.

Cerita-cerita di televisyen banyak yang melalaikan manusia. Banyak waktu solat di tinggalkan dek kerana rancangan-rancangan "menarik" yang di tayangkan.

Sekarang, selepas apa yang berlaku, barulah muncul slot-slot keislaman. Yang mengingatkan manusia kembali kepada maha pencipta.

Inilah kaitannya manusia dan musibah.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.