Anak kecil pun nak kuasa. Hish!

Januari 06, 2015
Kuasa. Suatu perkara yang boleh merosakkan hubungan manusia. Siapa ada kuasa, dia akan mengawal semuanya.

Aku bawa keluarga aku makan-makan kat 1 kedai yang aku biasa makan sejak dari aku bujang lagi. Kira kedai favourite aku lah.

Bersebelahan meja makan aku, ada sekumpulan remaja. Dalam 4 ke 5 orang lah. Duduk minum sambil berbual-bual. Boleh dengar jugalah apa yang mereka bualkan.

Dari apa yang aku lihat, gaya mereka sama macam dalam filem "gangster" yang meletup-letup kat malaysia suatu ketika dulu. Dengan baju "ikan koi" yang mereka pakai.

Aku cuma memerhati jelah. Sambil suapkan anak aku makan nasi goreng cina. Anak-anak kan, kalau kita tak pantau, susah jadinya.

Sepanjang dalam kereta, wife aku bercakap jer. Katanya, macamana kalau anak kita nanti jadi macam tu? Aku yang dengar cuma tersenyum. Sebab? Aku punya cara sendiri bila sampai waktunya nanti.

Sebenarnya, mana-mana pun sama je. Aku macam rasakan, anak kecil sekarang ni, makin advance. Pernah sekali sewaktu aku memandu bersama wife. Wife aku ada tegur sepasang remaja yang menungang Honda ex5. Cara tunggangan mereka boleh menyebabkan orang lain terlibat kemalangan.

Kemudian aku pandu jelah kereta aku tu. Dalam masa yang sama, remaja tadi follow kereta aku, dan cakap dengan wife yang kebetulan buka tingkap masa tu.

" Apahal kak? Ada masalah ke??"

Aku yang dari tadi tersenyum, bertambah senyum lah. Yelah, remaja kan, muda sangat, orang tegur awak, sebab awak tu bawak motor macam apa je. Di marah nya kita pula.

Bertuahnya remaja itu, waktu tu jalan jammed. So, tak dapatlah aku ikut mereka. Kalau tidak? Kalau tidak, aku senyum jelah. Nak buat apa lagi kan? Hehehehe.

Senyum itu kan sedekah. Kan? Kan? :)



Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.