Lebih utamakan hati orang lain?

Disember 08, 2014
Aku tak pasti samada ianya berlaku pada orang lain atau tidak, tapi inilah hakikatnya yang berlaku di persekitaran kita.

Kita lebih menjaga hati orang lain daripada hati kita sendiri. Terutamanya dari segi percakapan. Kadang-kadang aku tengok, ada yang terpaksa diam sahaja dek kerana nak jaga hati orang sekeliling.

Yelah, kang kalau cakap, koyak, terasa hati, tak cakap, makin menjadi-jadi. Jadi, diam jelah. Apa yang aku perasan, dalam kelompok sahabat-sahabat aku, bila mereka duduk semeja, akan ada sahaja yang dibicarakan.

Ada seorang pekerja, yang pada aku, mungkin merasakan dirinya sudah penuh dengan segala ilmu dunia. Jadi, dia selalu menjadi topik bualan rakan-rakan sekerja.

Yang menjadikan aku pelik adalah, bila orang ni takda, mereka akan berkata macam-macam, tapi bila dia ada dalam kelompok mereka, mereka akan berkata pasal orang lain pula.

Aiks. Bermuka-muka? Bahaya orang macam ni kan? Jika mereka yang mengenali aku, aku lebih dikenali sebagai manusia yang tidak akan menyimpan apa yang aku rasa.

Aku lebih suka meluahkan apa yang aku rasa. Dan aku berpegang dengan pendirian aku, jika aku di pihak yang benar. Aku tak suka jadi manusia tikam belakang. Sifat ini yang sebenarnya pada aku, merosakkan masyarakat kita.

Buat apa jaga hati orang lain kalau diri kita terseksa? Yelah, kita simpan perasaan tak selesa dalam hati kita. Orang lain rilek je, happy je.

Tak aku nafikan, mungkin anda ada sebab anda sendiri mengapa anda lebih menjaga hati orang. Tetapi pada aku, aku lebih selesa dengan pendirian dan pendapat aku. Jika aku berada di pihak yang benar.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.