Kalaulah..

Disember 08, 2014
Aku selalu memikirkan kemungkinan yang akan berlaku bilamana aku sudah tiada di muka bumi ini. Aku memikirkan bagaimana kehidupan anak aku kelak.

Aku tidak memikirkan langsung perihal isteri aku, kerana dia boleh mencari penganti jika dia mahu. Tetapi bagaimana keseluruhan kehidupan anak aku kelak.

Aku selalu memikirkan akan perihal ini. Takut pun ada. Kadang-kadang sampai sedih dan takut. Hidup keseorangan dalam dunia.

Bukan tidak ada saudara mara. Tetapi ianya tidak sama dengan darah daging aku sendiri. Bila aku tengok, anak-anak kecil yang kematian ibubapa atau adik beradik di palestin, syria dan negara-negara bergolak lain, aku mesti terkenangkan anak aku.

Aku selalu berdoa agar diberikan umur yang panjang. Supaya dapat menjadi peneman anak aku semasa dalam proses dia membesar.Aku jadi hairan, mengapa ada yang sanggup membunuh darah daging sendiri.

Gelak tawa, gurauan dia, selalu ada dalam ingatan aku. Anak, anugerah Allah yang tiada nilainya. Jika aku ada di samping anak aku, berulang-ulang kali aku luahkan, bertapa aku sayangkan dia dan hargai dia dalam hidup aku. Walaupun dia tak paham. Aku tetap luahkan juga.

Aku bersyukur Ya Allah, dikurniakan olehmu cahaya mata dan teman hidup di dalam hidup aku.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.