Cermin mata penyebab sakit kepala.

Disember 09, 2014
Rasanya, cermin mata yang aku gunakan sekarang tidak sesuai dengan aku, atau "power" dia tak sesuai. Rasa sakit kepala aku ni. Berdenyut-denyut.

Mata aku pulak, rasanya dalam tahun ni, dah banyak kali kena ketumbit ( tul ke penyakit ni?), alah, yang kena kat mata tu, yang timbul cam bengkak pastu kuar nanah.

Ini semua berlaku lepas aku pakai cermin mata. Dalam 1 tahun, 2 ke 3 kali jugak kenanya. Hish! Dah kenapa kan?

Wife suruh aku pergi bekam. Katanya untuk buang darah kotor. Terperanjatlah aku, yelah, ada ke orang bekam kat mata?? Wahahahaha. Kang, jadi sesumpah kang dibuatnya bekam kat mata. Hahahahaha.

Rupanya bekam kat belakang badan. Lelaki elok berbekam. Untuk buang darah kotor. Tak semacam wanita yang melalui proses setiap bulan.

Hmm, bekam ya? Hmm, bekam tu bukan ke kena toreh or hiris kulit tu sampai berdarah supaya boleh disedut oleh cawan tu? Hiris? Toreh? Erks!

Sahabat aku, dia bekam kat kepala! Potong rambut tu kasi nipis, hiris kat kulit, lepas tu bekam! Hoi, tak sakit ke? Ngeri pulak aku dibuatnya tengok darah dia cam ketul-ketul lepas habis bekam.

Hmm, sebelum aku ikut kata isteri aku pergi bekam, ada baiknya aku ke kedai cermin mata atau klinik mata untuk periksa mata aku. Mana tau cermin mata yang digunakan tidak sesuai, boleh tukar pakai cermin mata baru. Ha.

Dan yang penting, tak perlu bekam. Hehehehehehe.

*bekam tu amalam sunnah kan?


2 ulasan:

  1. hehe lucu je laki2 tkt bekam...sy pn x berani gak..geli tgk darah ketul2 ty..hehe..

    maybe power dh btambah kot sb tu msh pening2

    BalasPadam
  2. Hehehehe. Sy tak suka apa-apa benda tajam menusuk masuk ke kulit saya. Sama juga dengan derma darah. Kan kena cucuk, so sy taknak. Puas juga wife suruh. Hehehehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.