Sampai bila ia akan menjadi milik kita?
Kita berbangga dengan apa yang kita ada. Tetapi sedarkah kita yang ia sebenarnya bukan milik kita lagi? Ada yang berbangga yang mereka sudah memiliki rumah idaman yang mana mereka masih perlu membayarnya secara bulanan untuk satu tempoh yang panjang.
Ini sahaja harta yang ibu dan ayah ada, rumah ini, yang kami tinggalkan untuk kamu. Jika ianya masih belum berbayar, terpaksa anak ini membayarnya. Adakah ianya di sebut harta? Secara tersuratnya, benar! Ia adalah harta anda, tetapi, secara tersiratnya, ia adalah milik orang lain! Kerana, mengapa perlu anda membayarnya setiap bulan jika ia adalah milik anda?
Berapa ramai lagi yang mempertahankan tanah mereka? Berapa ramai pula yang memiliki tanah sendiri? Dan, jika di kira dari situ, apakah ianya milik kita lagi?
Secara kasarnya, di lihat dari pandangan mata, kita berbangga ia adalah milik kita, dulu kini dan selamanya. Tetapi sampai bila? Buka mata dan lihat sebenarnya benarnya, adakah ianya akan kekal milik kita?
Dah nak masuk tahun 2015, dan kita sebenarnya sudah jauh ketinggalan ke belakang. Bukannya maju ke hadapan. Apa yang kita nak beri pada generasi akan datang?
Tak takut ke? Tak kesian dengan generasi kita? Kita leka dengan apa yang kita ada, kononnya, ianya akan membantu generasi kita. Walhal, kita sedang menyediakan satu platform "kesusahan" kepada generasi mendatang.
Masalah terdahulu tidak pernah selesai. Ianya di bawa dari 1 generasi ke 1 generasi, dan pada pengakhirannya yang akan menanggung.
Yang di atas, sedang gigih membina empayar, agar generasi mereka akan kekal berada di atas. Bagaimana pula dengan mereka yang hanya bekerja untuk mengisi perut dan kembali bekerja pada keesokkan harinya dengan tujuan yang sama? Adakah anda yakin yang generasi anda akan mengubah nasib keturunan anda? Atau, generasi anda mengharapkan perkara yang sama kepada generasi akan datang dan begitulah seterusnya.
Persoalan yang perlu dan semestinya anda jawab:

" Sampai bila ia akan menjadi milik kita?"
"Jangan hanya mengharap pada orang lain untuk membela nasib dan keluarga anda. Kerana mereka juga sedang berusaha menjaga generasi mereka."
nicee
BalasPadam