Asal isnin je malas bekerja?

Disember 08, 2014
Ha, dah kenapa kan? Asal isnin je aku malas bekerja. Inilah masalahnya bila aku dapat cuti, dapat 1 hari cuti pun cukuplah, confirm hari isnin aku malas nak kerja.

Aku kalau dah rajin sangat kerja, sabtu ahad pun aku kerja. Pernah 1 bulan aku kerja tanpa henti, 7 hari seminggu, setiap malam balik kul 2200. Sampai masam muka dengan wife. Dikatakan aku ini tidak memikirkan keluarga.

Hmm, aku berpenat untuk keluarga sebenarnya. Wang yang aku dapat itu adalah untuk keluarga. Tapi betul juga, masa bersama dengan family tidak boleh dibeli dengan wang. Masa yang berlalu itu tak mungkin boleh aku ulang.

Bila aku tidak bekerja pada hari ahad, sangat confirm aku akan malas bekerja pada hari isnin. Puas jugak nak cari tune, nak dapatkan mood bekerja tu. hehehehe.

Kepala mesti ingat kerenah dan telatah anak aku. Bila dekat, geram je gan dia, bila jauh, rindu. Hmm. Hmm.

Aku kadang-kadang kesian dengan anak aku. Bila dekat gan aku, tangan aku cepat je. Geram! Selalu aku cubit dia. Geram. Ish. Ish. Tapi bila jauh, rindu pulok. Ish. Ish.

Bila waktu-waktu macam ni, terasa nak cepat je bekerja sendiri. Supaya masa dengan family lebih lama. Boleh tengok anak membesar depan mata, setiap saat, setiap masa.

InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan jalan aku dan keluarga. InsyaAllah. Amin.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.