Rahsia azan.

November 05, 2014
Aku tertanya-tanya, kenapa setiap kali ada kes seperti mencari mangsa yang hilang, orang-orang yang mencari akan melaungkan azan.

Apa yang ada pada azan? Kenapa perlu dilaungkan? Apakah makna setiap ayat-ayatnya? Ini membuatkan aku ingin mencari makna setiap ayat-ayatnya.

Jadi, inilah terjemahan ayat-ayatnya:

Allah Maha Besar, 
Allah Maha Besar,
 Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan Selain Allah’ Aku Bersaksi Bahawa Nabi Muhammad Adalah Pesuruh Allah’ 
Marilah Menunaikan Solat,
 Marilah Merebut Kemenangan,
 Solat Itu Lebih Baik Dari Tidur*, 
Allah Maha Besar, 
Allah Maha Besar,
 Tiada Tuhan Selain Allah, 
Dan aku terbaca tujuan azan selain daripada tujuan solat daripada http://www.al-azim.com/

Selain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapa perkara lain:

1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telinga kiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam sendiri telah mengazankan telinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.

2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.

3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusia yang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.

Dan untuk kes remaja yang hilang ketika menyertai maraton antarabangsa di gunung terom, sekayu, seorang ustaz melaungkan azan sebanyak 3 kali dan selepas itu, mangsa ditemui tersepit di celah batu, tidak jauh dari trek perlumbaan.

Persoalannya, apakah rahsia dan kehebatan azan yang tidak semua orang ketahui. Dan kenapa, selepas sahaja azan, insyaAllah, apa yang di cari pasti akan jumpa.

Inilah kebesaran ayat Allah.

wallahualam.




Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.