Isu buli di sekolah.

November 05, 2014
Semalam, dalam berita TV3, ada lagi cerita tentang buli di sekolah berasrama. Isu buli ni, dah lama ada dalam negara kita. Cuma sekarang ni makin menjadi-jadi.

Kalau tengok dalam video tu, seorang budak lelaki, seperti pendekar lagaknya, membelasah pelajar-pelajar junior. Ini mungkin sesi "orentasi" pelajar baru.

Seperti adat, bila ada pelajar baru, pelajar senior akan buat satu sesi seperti itu. Kononnya, sebagai "lesen" kepada pelajar-pelajar baru. Dan bila ada pelajar baru lagi, pelajar yang telah kena orentasi ni, akan buat benda yang sama. So, perkara ini akan sentiasa berterusan.

Aku dulunya, menetap di asrama putera angkatan tentera. Tetapi, aku tak pernah alami perkara seperti ni, walaupun ada kes seperti berita semalam. Aku cuma melihat sahaja, tanpa ada niat untuk sertai. Jadi, perkara seperti ini, boleh dikatakan terjadi pada setiap sekolah berasrama.

Pihak polis sedang menyiasat sekolah yang terlibat. Dan aku pasti, pihak sekolah akan melindungi kes ini. Mungkin untuk menjaga nama sekolah.

Tetapi, pada ibu bapa, cuba tengok balik video tu, mana tahu mungkin ada anak-anak anda yang terlibat. Dari situ, kita boleh membantu pihak polis dalam mengenal pasti sekolah yang terlibat.

Hmm, sebenarnya geram tengok video tu. Aku tak pasti kenapa setiap kali tengok video semacam itu, mesti rasa geram. Aku terfikir sebenarnya, bagaimana keadaan anak aku nanti, bila beliau mula bersekolah.

Selalu aku ingatkan kepada anak aku ( Walaupun dia tak paham apa yang aku cakap), jangan buat perkara seperti ini. Hanya gunakan ilmu, bila keadaan memaksa dan terpaksa. Jangan jadi pembuli. Sentiasa ingat keluarga.

InsyaAllah.



Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.